Harian Metro

Dilarang jumpa imam sebelum dihukum mati

-

Montgomery: Seorang banduan akhir beragama Islam di Alabama menjalani hukuman mati kelmarin seperti dijadualka­n selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak permintaan­nya untuk bertemu seorang imam sebelum dihukum.

Peguam kepada Domineque Ray, 42, menyatakan dasar hukuman di negeri Alabama menyebelah­i banduan Kristian kerana paderi dibenarkan berada dalam bilik hukuman.

Paderi itu selalunya melutut bersebelah­an banduan akhir dan berdoa bersama-sama jika diminta.

Ray dihukum mati pada jam 10.12 malam (waktu tempatan), kata jurucakap Jabatan Pemulihan.

Negeri Alabama menghukum mati pesalah menggunaka­n kaedah suntikan maut atau renjatan elektrik.

Hukuman ke atas Ray ditangguhk­an sementara kerana dia meminta imam menggantik­an paderi dalam bilik hukuman mati.

Kelmarin, Mahkamah Rayuan AS bersetuju menangguhk­an hukuman untuk mempertimb­angkan hujah Ray, tetapi negeri Alabama segera merayu keputusan itu kepada Mahkamah Agung, yang menolak keputusan sebelum ini.

Ray dijatuhi hukuman mati pada 1999 kerana membunuh Tiffany Harville, 15, yang hilang dari rumahnya di Selma, Alabama pada Julai 1995.

Lelaki itu dilaporkan memeluk Islam ketika berada di dalam penjara.

Bagaimanap­un, terdapat beberapa media termasuk Birmingham News melaporkan seorang imam dikenali sebagai Yusef Maisonet menyaksika­n hukuman itu dari bilik saksi. - Reuters

 ??  ?? RAY
RAY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia