Harian Metro

Teguh ʻdigodaʼ Juita

- DARI MUKA 38

“Saya tahu penerimaan penonton terhadap drama Nur sangat baik tetapi mana tahu ada peluang untuk dipentaska­n pula.

“Ini kerana saya melihat Nur sebagai naskhah yang sangat menarik untuk diketengah­kan di pentas teater.” katanya.

Sekadar berkongsi harapan, Azhan menjelaska­n dia sedia maklum kos pementasan teater bukannya murah.

Mengulas lanjut watak Ustaz Syed Hamadi yang akan bersaing dengan karakter antagonis baru, Juita dalam Nur 2, Azhan melihatnya secara positif.

Ujarnya, dia tidak pernah merasakan watak Ustaz Syed Hamadi akan tergugat dengan kehadiran Juita yang seksi dan menggoda lakonan Azar Azmi.

“Sepanjang membintang­i drama Nur musim pertama lalu, saya tidak pernah merasakan watak Ustaz

Syed Hamadi akan bersaing dengan karakter lain.

“Terus terang, saya seorang yang selesa mengutamak­an keseronoka­n melakonkan watak berpanduka­n kepercayaa­n diberikan pengarah.

“Memang tak pernah terdetik pun soal tergugat atau bersaing dengan mana-mana watak lain dalam setiap drama yang saya bintangi,” katanya.

Menurut Azhan, semua watak yang ditampilka­n dalam Nur 2 mempunyai kekuatan dan jalan cerita tersendiri.

Mengulas watak Juita, Azhan berkata, sudah pasti ada alasan kukuh mengapa penulis skrip dan pengarah mewujudkan karakter sebegitu.

“Saya percaya Shahruleza­d sudah fikir semasak-masaknya dan bukan suka-suka menjadikan watak Juita seksi menggoda,” katanya.

Drama Nur 2 diarahkan Shahruleza­d Mohameddin turut dibintangi Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiria­h dan ramai lagi. - Norhayati Nordin

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia