Harian Metro

Anugerah cahaya mata

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mendambaka­n kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga mereka.

Namun, bukan semua bertuah diberikan rezeki itu. Ada yang terpaksa menunggu bertahun lamanya malah tidak kurang juga menggunaka­n pelbagai kaedah rawatan kesuburan untuk hamil.

Pada masa sama, ada juga pasangan yang mengambil keputusan menggunaka­n ibu tumpang untuk merealisas­ikan impian mereka bergelar ibu bapa.

Di Hollywood misalnya, ramai pasangan selebriti berbuat demikian. Memiliki zuriat hasil kaedah ibu tumpang memberikan sinar baru dalam kehidupan mereka.

BLING! minggu ini menyenarai­kan 10

selebriti Hollywood

Pengacara dan penerbit siri televisyen Real Housewives, Andy Cohen mendedahka­n dia menggunaka­n ibu tumpang untuk mendapatka­n anak lelaki yang lahir, baru-baru ini.

Cohen berkongsi perkara itu menerusi rancangan Watch What Happens Live With Andy Cohen pada Disember lalu. Kehadiran bayi lelaki itu membuatkan kehidupan Cohen semakin bahagia. Selain kerjaya, bayi itu kini menjadi keutamaann­ya.

Pasangan selebriti Gabrielle Union dan Dwyane Wade mengejutka­n peminat apabila mendedahka­n anak perempuan mereka yang dilahirkan pada 7 November lalu sebenarnya diperoleh menerusi ibu tumpang.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram berserta status Welcome to the party sweet girl! #onelastdan­ce #skintoskin.

Pasangan itu berkahwin pada Ogos 2014 dan tidak dikurniaka­n cahaya mata.

Artis Hollywood guna khidmat ibu tumpang

untuk peroleh zuriat

Pasangan selebriti popular Kim Kardashian dan Kanye West menyambut anak ketiga mereka iaitu bayi perempuan melalui kaedah ibu tumpang pada 15 Januari 2018.

Pasangan itu memutus-

 ??  ?? KIM
KIM
 ??  ?? ANDY
ANDY
 ??  ?? NICOLE
NICOLE
 ??  ?? JIMMY
JIMMY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia