Harian Metro

Kecoh buka tudung

-

Tindakan boleh beri kesan kepada diri, kerjaya

Cuit sikit mendapatka­n pandangan tiga penerbit mengenai isu ini.

MICHAEL ANG

Jika mereka berbakat haruslah diberi peluang tidak kiralah sama ada pakai tudung atau tidak. Dalam hal ini kita ambil pelakon berdasarka­n pilihan stesen televisyen.

Saya sendiri sebagai penerbit tidak ada masalah kerana itu hal peribadi mereka.

Apabila ada artis yang berani bercakap soal rela drama lakonan mereka diboikot, itu terserah kepada netizen.

Berdasarka­n pemerhatia­n saya selama ini, bukan semua netizen sewenang-wenangnya memboikot drama hanya kerana isu buka tudung.

Kalau lakonan pelakon itu bagus, pasti ramai akan menonton drama yang ditayangka­n.

DATUK A AIDA

Soal bertudung urusan seseorang itu dengan Allah SWT. Kita tidak boleh mempertika­ikan tindakan mereka.

Sebagai pelakon, mereka suri teladan kepada masyarakat dan dalam hal ini saya lihat ada baik buruknya.

Stesen TV yang akan menentukan barisan pelakon sesebuah drama dan sebagai penerbit, kami hanya mengikut saja.

Namun jika pelakon itu ada cerita kurang enak atau isu buka tudung, tidak dinafikan memang ia beri kesan kepada produksi.

Kita akan dapat lihat sama ada rating drama itu naik atau turun. Ada peminat suka melihat artis kesayangan mereka bertudung dan apabila buka tudung, mereka akan berasa sangat marah sehingga ambil keputusan untuk boikot drama lakonan artis berkenaan.

Ada juga peminat yang terus menyokong tanpa sebarang prejudis. Semua ini terpulang kepada peminat.

Justeru, saya berharap anak seni lebih peka dengan apa yang dilakukan kerana mereka sentiasa menjadi perhatian ramai.

FADZIL TEH

Saya tidak kisah sangat soal ini kerana sebagai manusia, saya sendiri juga banyak kekurangan. Jika ada watak sesuai saya akan tawarkan kerja kepada pelakon itu.

Walaupun sebenarnya ia akan beri kesan kepada produksi, kita akan berbalik kepada keinginan penonton dan netizen.

Jika mereka masih mahukan pelakon itu berlakon, kami akan teruskan. Jika sebaliknya, kenalah cari pelakon lain.

Tidak dinafikan, sekarang kehendak netizen lebih penting kerana usaha mereka sangat kuat dalam menaikkan atau menjatuhka­n artis.

Jika mereka sudah dikecam teruk sehingga memberi kesan buruk kepada drama memang tidak baguslah.

Nasihat saya kepada artis, apabila hendak buat sesuatu perkara, bulatkan tekad dan jangan hari ini kata hendak pakai tudung, tiba-tiba nanti ditanggalk­an pula.

Kalau rasa belum bersedia, jangan buat. Dunia hiburan banyak cabarannya. Kalau rasa iman belum kuat, janganlah masuk dalam industri seni.

 ??  ?? MICHAEL Ang
MICHAEL Ang
 ??  ?? DATUK A Aida
DATUK A Aida
 ??  ?? FADZIL Teh
FADZIL Teh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia