Harian Metro

Penyatuan 3 elemen

- DARI MUKA 46

Objek dan material disusun secara bersahaja untuk wujudkan keharmonia­n

Tujuan Magdalena adalah untuk menimbulka­n rasa kesempurna­an hasil penyatuan pencahayaa­n, komposisi dan keseimbang­an.

Ruangan serambi pula dihias dengan empat reka bentuk utama yang mengatur rentak kediaman. Ini termasuk permaidani berjerumba­i daripada Nanimarqui­na, cermin besar, kaca cermin bercahaya dan meja I-beam merah daripada Magdalena sendiri.

Susun atur perabot dilakukan dengan berhati-hati untuk menyerlahk­an kesan galeri, namun setiap perabot boleh diubah kedudukan dari semasa ke semasa. Ruang makan pula dilengkapi meja kayu mapel empat segi daripada pengukir Mark Jupiter manakala kerusinya daripada Egg Collective.

Lampu pendan hitam hasil pereka London, Michael Anastassia­des digantung tepat di atas meja makan bagi mewujudkan suasana intim manakala dinding ruang makan pula dihiasi foto pantai berbatu dalam bentuk hitam putih daripada jurugambar Robert Andersen. Di sebelahnya pula diletakkan arca geometri hitam daripada artis British, Dominic McHenry.

Ruang tamu turut mendapat sentuhan Magdalena apabila ia dihiasi dua sofa putih rekaan Antonio Citterio for B&B Italia beralaskan karpet mohair putih lembut. Lukisan abstrak daripada pelukis tempatan, Larry Lee Webb menjadi titik tumpuan ruangan besar itu.

Kawasan lounge yang dijadikan tempat istirahat dilengkapi kerusi vintaj kayu walnut dengan kusyen bertenun hitam rekaan Victor Pasmore. Ia dilengkapk­an dengan meja kayu rosewood pertengaha­n abad daripada Wilhelm Renz.

“Pemilik apartmen adalah seorang pereka dan juga jurugambar dengan cita rasa yang sama seperti saya.

“Sudah tentunya kami mengkaji dulu bagaimana fungsi, bentuk, garisan, ruang negatif dan cahaya mampu mewujudkan keharmonia­n apabila objek serta material disusun secara bersahaja,” kata Magdalena.

Bilik tidur pula biarpun ringkas namun dipenuhi hasil kerja mereka yang ternama. Katil buatan Itali rekaan Piero Lissoni, lampu daripada Marcel Wanders for Moooi, lampu meja Pisa dan meja rekaan Antonio Gaudi.

Dinding tidak dibiarkan kosong, sebaliknya dihiasi tiga foto Marfa, Texas oleh jurugambar Andersen dan cetakan Donald Judd. Keck turut mengatur rekaannya sendiri iaitu meja sisi katil, meja kaca di bilik tetamu serta kabinet rendah di ruang tamu. - Zaitie Satibi

 ?? FOTO ?? PERABOT berciri monokrom menyatakan konsep minimum pada kediaman mewah.
FOTO PERABOT berciri monokrom menyatakan konsep minimum pada kediaman mewah.
 ??  ?? FOTO hitam putih petikan lensa
jurugambar terkenal penuhi ruangan makan.
FOTO hitam putih petikan lensa jurugambar terkenal penuhi ruangan makan.
 ??  ?? BILIK tidur serba putih wujudkan suasana
damai.
BILIK tidur serba putih wujudkan suasana damai.
 ??  ?? RUANG memasak dengan perabot
terbina menjimatka­n ruang.
RUANG memasak dengan perabot terbina menjimatka­n ruang.
 ??  ?? TEMPAT istirahat dilengkapi kerusi vintaj kayu walnut dengan kusyen
hitam.
TEMPAT istirahat dilengkapi kerusi vintaj kayu walnut dengan kusyen hitam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia