Harian Metro

Konsep ala hipster kian digemari

- DARI MUKA 46

Bermodalka­n wang simpanan, Zainurin membuka bengkel selain membeli set alat pertukanga­n, mesin cat dan kelengkapa­n kimpalan. Sentuhan dan kreativiti beliau juga mampu menghasilk­an set perabot serta perhiasan rumah bernilai tinggi.

“Namun, cita rasa pelanggan terhadap perabot juga berubah mengikut aliran semasa. Sejak empat hingga lima tahun lalu, pelanggan didapati lebih menggemari perabot ala hipster terdiri daripada campuran kayu, besi dan bahan terbuang seperti kayu palet.

“Bagaimanap­un, ada juga pelanggan yang masih menggemari perabot dengan konsep tradisiona­l seperti seni ukiran kayu dan anyaman. Antara perabot dihasilkan ialah set ruang tamu membabitka­n kerusi panjang, bangku dan meja kopi yang kini mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Perabot lain dihasilkan seperti rak, kabinet, meja makan, meja bar dan meja untuk berkelah mengikut rekaan yang dikehendak­i pelanggan serta kosnya bergantung kepada jenis barangan digunakan.

“Bagi perabot campuran saya gunakan lembaran besi atau berbe ntuk jaring supaya binaannya lebih kukuh dan dekorasiny­a lebih menarik, selain boleh dilapisi cat supaya tahan cuaca.

“Penggunaan lembaran besi juga boleh dipelbagai­kan rekaannya, sekali gus menjadikan sesuatu perabot itu lebih menarik. Ini kerana kelebihan lembaran besi sedemikian yang boleh dilentur dengan mudah, selain tidak membabitka­n pembaziran.

“Bentuknya yang berjaring juga memudahkan aliran udara, air mahupun cahaya dan semua ciri ini menjadikan perabot campuran lebih menarik berbanding perabot jenis lain,” katanya.

Zainurin juga mempelajar­i cara menghasilk­an perabot campuran menerusi rujukan di Internet sebelum

 ??  ??
 ??  ?? MEJA makan kelihatan unik
dengan campuran
besi.
MEJA makan kelihatan unik dengan campuran besi.
 ??  ??
 ??  ?? PERABOT campuran kayu dan besi mendapat permintaan tinggi.
PERABOT campuran kayu dan besi mendapat permintaan tinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia