Harian Metro

Pemain Liverpool rasai bahang tekanan

-

Liverpool: Sepuluh hari selepas terlepas peluang untuk menjarakka­n diri kepada 10 mata di persada Liga Perdana Inggeris, Liverpool kembali ke Anfield untuk menentang Bournemout­h malam ini dengan kedudukan selaku pasukan kedua di belakang Manchester City.

Selepas melakar rekod bersih dengan 16 kemenangan berturut-turut ke atas pasukan yang di luar kelompok enam teratas, Liverpool sekadar seri 1-1 dengan Leicester dan West Ham, sekali gus membuka ruang buat City serta pasukan di tangga ketiga, Tottenham untuk menangguhk­an seketika peluang Liverpool untuk menjulang gelaran liga buat kali pertama sejak 29 tahun lalu.

Hanya Manchester United yang memiliki gelaran juara lebih banyak berbanding Liverpool tetapi anak buah Jurgen Klopp perlu mencari jalan untuk menamatkan kemarau hampir tiga dekad itu.

Tekanan mula dirasai bukan saja dalam kalangan penyokong tetapi juga pemain apatah lagi mereka melepaskan beberapa peluang sejak kebelakang­an ini.

“Anda dapat rasakan sendiri bahawa penyokong sudah mula merungut dan saya percaya ia tidak sepatutnya berlaku ketika ini,” kata pertahanan, Virgil van Dijk selepas mereka gagal menjinakka­n Leicester.

“Memang semua orang mahu menang. Kami juga begitu tetapi ada kalanya anda perlu bersabar.”

Klopp turut mengaku, selepas seri dengan West Ham, anak buahnya perlu bertenang.

“Ia bukan berkenaan tekanan. Ia adalah mengenai cara anda menikmati situasi ketika ini,” kata Klopp.

“Kami mengumpul 62 mata, tewas sekali dan bagi saya, ia sesuatu yang cukup positif.”

Klopp dan Van Dijk memainkan peranan besar dalam kebangkita­n kelab itu sejak kebelakang­an tetapi mereka belum pernah merasai kekecewaan berat gara-gara Reds sering gagal menjulang gelaran domestik.

Sudah dua kali sejak sedekad lalu - musim 2008/09 dan 2013/14 - Liverpool gagal muncul juara walaupun sebelum Krismas, mereka mendahului carta.

>>City berjaya pintas Liverpool menerusi kelebihan jaringan

 ?? Pep Guardiola ?? Ia boleh dianggap aksi final buat kami REDS menanti selama 29 tahun untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.
Pep Guardiola Ia boleh dianggap aksi final buat kami REDS menanti selama 29 tahun untuk bergelar juara Liga Perdana Inggeris.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia