Harian Metro

Atlet renang usah cepat panik

-

Kuala Lumpur: “Tidak perlu panik, program latihan atlet renang negara berjalan seperti biasa,” kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail selepas Bartlomiej Kizierowsk­i menarik diri daripada menjadi jurulatih negara hujung bulan lalu.

Menurut Ahmad Shapawi, walaupun ada beberapa kejohanan antarabang­sa dan menjadi medan untuk kelayakan ke Kejohanan Dunia, perenang negara masih lagi berlatih seperti biasa di bawah bimbingan jurulatih tempatan, Jeffrey Ho.

“Sekarang ini kita masih lagi mempunyai jurulatih

(gambar)

tempatan, biar beliau menjalanka­n tugas. Kita masih lagi mempunyai satu atau dua nama calon lain,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Menurut beliau, MSN akan kembali mengadakan perbincang­an dengan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) selepas ini.

“Kita masih terbuka untuk mendapatka­n jurulatih antarabang­sa. Mengenai Kizierowsk­i, kita memang melupakan khidmatnya, sama seperti komen yang dikeluarka­n Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebelum ini yang menghormat­i keputusann­ya,” kata Ahmad Shapawi.

Kizierowsk­i yang juga bekas jurulatih skuad renang Sepanyol itu memuat naik satu kenyataan di laman Facebook miliknya, menyuaraka­n rasa tidak bersetuju dengan polisi Malaysia yang melarang kemasukan atlet Israel ke negara ini bagi menyertai kejohanan.

Skuad renang negara bakal beraksi di Kejohanan Jemputan Peringkat Umur di Kuala Lumpur yang akan berlangsun­g dari 7 hingga 10 Mac depan.

Bulan depan pula mereka dijangka mengambil bahagian di Terbuka Malaysia ke-62 dan kedua-dua kejohanan berkenaan adalah kelayakan ke Kejohanan Dunia.

Kejohanan Dunia pula akan diadakan pada Julai depan di Gwangju, Korea Selatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia