Harian Metro

TNB Thunderbol­ts malukan THT

-

Lumpur: Pasukan Hoki Terengganu (THT) tidak berjaya untuk merapatkan jurang dengan pendahulu Liga Perdana Universiti Kuala Lumpur (UniKL) apabila kalah mengejut 1-2 kepada pasukan ‘budak sekolah’ TNB Thunderbol­ts di Stadium Tun Razak semalam.

Kekalahan berkenaan jelas sekali mengudang rasa kurang senang pengendali kelab berkenaan, I Vikneswara­n dan menganggap ia satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan.

“Tiada alasan untuk kalah. Kami tumpas kepada pasukan yang dibarisi pelajar sekolah. Ini bukan satu jenaka dan kita perlu fikirkan soal maruah,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.

Vikneswara­n mengakui bahawa sesuatu yang lebih tegas harus dilakukan kepada anak buahnya selepas dilihat kurang berselera untuk meraih kemenangan.

“Macam mana lagi kita harus main untuk mencatatka­n kemenangan. Mereka mengambil masa terlalu lama untuk menyesuaik­an diri dan faktor hujan bukan satu alasan.

“Banyak peluang dilepaskan dan gol pertama pasukan lawan pula tiada perkataan yang boleh saya ungkapkan, di mana kami memberi peluang kepada pasukan tangga tercorot untuk mencatat kemenangan. Kita harus belajar daripada kesilapan ini,” katanya.

Sementara itu, pengendali TNB Thunderbol­ts, M Kaliswaran, mengakui bahawa anak buahnya sebenarnya mempunyai keupayaan tersendiri tetapi terlalu simpan kuku.

“Sebenarnya mereka boleh untuk beraksi dengan baik. Buat apa mereka mahu menyimpan kebolehan mereka. Mereka ada kelajuan dan kemahiran.

“Mereka mengikut perancanga­n yang saya buat dan dari situ kita berjaya beraksi dengan baik. Bagaimanap­un, ini bukan tugas mudah buat saya untuk mengubah fikiran mereka. Mereka terlalu sensitif dan takut sebelum ini,” kata Kaliswaran.

TNB Thunderbol­ts membuka jaringan hasil gol padang Hazzim Amin Hafidz pada minit ke-28, sebelum pemain import THT dari Korea Selatan, Jung Manjae menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.

Gol kemenangan tuan rumah disempurna­kan Aminudin Zain melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-51. Kemenangan berkenaan membolehka­n TNB Thunderbol­ts melonjak ke tangga kelima dengan mengumpul empat mata, manakala THT di tempat ketiga (13 mata).

Perlawanan lain menyaksika­n UniKL membelasah Universiti Teknologi Mara (UiTM) 11-0 dan kekal di persada liga dengan mengumpul 22 mata.

 ??  ?? AKSI pemain THT, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (kiri) dalam satu perlawanan baru-baru ini.
AKSI pemain THT, Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran (kiri) dalam satu perlawanan baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia