Harian Metro

KIM SWEE AKUR

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

 Pengendali B-22 sahkan Nazirul ganti Syahmi ke Kemboja

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh tidak mahu anak buahnya berkecil hati apabila tidak disenaraik­an dalam 18 pemain pada setiap perlawanan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Beliau berkata, sikap itu perlu dikikis kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada pemain sendiri jika ia dibiarkan mengganggu fikiran sebaik nama tidak disenaraik­an.

“Bagi saya sendiri, bukan tugas mudah untuk menyenarai­kan 18 pemain kerana semua pemain memberi sepenuh komitmen setiap kali latihan.

“Sebagai jurulatih, saya perlu membuat keputusan tepat dan tidak sesekali cuba memainkan perasaan pemain kerana mahukan yang terbaik setiap kali perlawanan.

“Oleh itu, saya tidak mahu

(gambar)

Pengendali skuad bawah 22 (B-22) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tidak bercadang untuk menambah pemain baharu dalam senarai 26 pemain yang dikeluarka­n sebelum ini selepas tonggak pertahanan Selangor, Syahmi Safari sah tidak mendapat pelepasan daripada pasukannya.

Skuad Kim Swee, 49, yang dalam fasa terakhir bagi menghadapi Kejuaraan Piala AFF B-22 pada 17 Februari ini di Kemboja, bakal memulakan kem latihan bermula Ahad ini sebelum dijadualka­n berangkat ke Phnom Penh lima hari kemudian.

Menurutnya, tempat tonggak pertahanan termahal tempatan dengan nilai RM6 juta itu bakal diisi oleh pemain pertahanan kanan Perak, Nazirul

(gambar).

Afif Ibrahim

“Saya masih ada beberapa pemain lain yang mampu mengisi tempat Syahmi sekiranya benar dia tidak dapat menyertai pasukan ke Kemboja nanti.

“Mungkin Nazirul akan menggalas tanggungja­wab itu memandangk­an dia juga beraksi di posisi pertahanan kanan bersama skuad utama dan Piala Presiden Perak,” katanya yang mengharapk­an kerjasama daripada semua pasukan dan kelab di Liga Malaysia (Liga-M) untuk melepaskan pemain mereka.

Dalam kempen kali ini, Malaysia diundi dalam Kumpulan B dan akan memulakan aksi berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).

Jelas beliau, penyertaan skuad negara di kejohanan serantau itu sangat penting dalam misi negara untuk menamatkan kedudukan selaku juara sebagai persiapan sebelum beraksi di kelayakan Kejuaraan AFC B-23 yang akan berlangsun­g pada 22 hingga 26 Mac depan di Kuala Lumpur.

“Memang saya harap semua pemain (terbaik) dapat ke pertanding­an AFF. Ia penting kerana dua minggu selepas pertanding­an itu, kita akan beraksi di pertanding­an AFC.

“Malah, saya dimaklumka­n negara lain amat memandang serius Kejuaraan AFF kerana ia sebagai medan persiapan sebelum kelayakan AFC. Apapun, saya akan teruskan tugas seperti biasa dan enggan jadikan ketiadaan Syahmi suatu alasan,” katanya.

Pada saingan AFC B-23 di China tahun lalu, skuad negara mencipta sejarah apabila mara ke peringkat suku akhir buat kali pertama dalam sejarah kejohanan.

Namun, skuad kendalian Kim Swee tewas kepada Korea Selatan di peringkat suku akhir.

 ??  ?? KIM Swee
KIM Swee

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia