Harian Metro

Ujian getir TFC

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Tanpa berselindu­ng jurulatih Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim meramalkan anak buahnya bakal berdepan laluan getir untuk mengutip mata bertemu pendahulu liga, Pahang di Stadium Darul Makmur Kuantan, malam ini.

Malah, jurulatih berpengala­man itu menyatakan kekuatan jentera tengah skuad Tok Gajah itu membuatkan beliau perlu memikirkan strategi lebih ampuh untuk mengelak anak buah Dollah Salleh itu bermaharaj­alela di posisi berkenaan.

“Saya dapat tahu Pahang bermain bagus pada aksi pertama mereka ketika menewaskan Kuala Lumpur tempoh hari, malah pemain mereka juga berkualiti termasuk bintang importnya.

“Jentera tengah mereka juga sangat baik, begitu juga kedua-dua pemain sayap mereka yang berupaya melakukan hantaran yang boleh mengeliruk­an pertahanan kami.

“Keadaan ini sudah pasti membuatkan pemain kami berdepan dengan tugas berat untuk mengulangi pencapaian musim lalu ketika bertandang ke stadium itu,” kata

Irfan.

(gambar)

Musim lalu, skuad yang terkenal dengan jolokan Peteh Terengganu Peteh itu berjaya membawa pulang tiga mata selepas menang 1-0 ke atas pasukan itu hasil jaringan Mohd Faiz Nasir.

Justeru, Irfan awal-awal lagi mengingatk­an anak buahnya tidak terlalu memberikan ruang kepada pemain skuad itu daripada melakukan gerakan bahaya kerana pemain importnya, Dickson Nwakaeme bijak menghidu peluang untuk disudahkan dengan jaringan.

“Pemain kami juga harus menyekat penguasaan dan gerakan mereka bermula di bahagian tengah lagi bagi mengelak lawan daripada melakukan hantaran berkualiti,” kata Irfan yang mengakui kembali lega selepas arkiteknya, Lee Tuck sudah dapat beraksi selain Ahmad Syamim Yahya yang sudah pulih daripada kecederaan.

 ??  ?? TUCK ketika menjalani latihan.
TUCK ketika menjalani latihan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia