Harian Metro

Red Giants tak sanggup jadi mangsa PJ City

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih Selangor, B Sathianath­an mahu pemainnya terus menggandak­an usaha dan memperbaik­i kelemahan terutama di bahagian benteng apabila berkunjung ke Stadium Majlis Perbandara­n Petaling Jaya untuk bertemu Petaling Jaya City FC (PJ City) dalam aksi Liga Super, malam ini.

Menyedari kelonggara­n di posisi itu ketika aksi pertama menentang FELDA United yang berakhirny­a seri 1-1 pada Ahad lalu, beliau mahu tonggak pertahanan lebih ampuh dengan penyerang lawan dilihat cukup berbahaya yang diketuai tonggak import, Pedro Henrique.

Katanya, PJ City yang tumbang 1-2 kepada Melaka United pasti akan bangkit memburu tiga mata penuh dalam pertemuan itu.

“PJ City ibarat ‘harimau terluka’ selepas tewas tempoh hari. Jadi kami perlu berhati-hati kerana Selangor juga memerlukan kemenangan untuk memperbaik­i mata pasukan selepas kita hanya dapat satu mata.

“Cuma bahaya yang saya lihat adalah penyerang mereka berbisa. Kalau kami ulang aksi seperti bertemu FELDA United pasti kami mudah dihukum.

“Jadi, saya mahu barisan pertahanan lebih ‘solid’ dan tidak memberi ruang besar kepada penyerang lawan. Saya mahu tiga mata, pemain juga mahukan tiga mata,” katanya kepada Arena Metro.

Beliau juga berharap kehadiran semula bek kanan, Syahmi Safari yang beraksi sebagai pemain gantian ketika aksi sulung minggu lalu dapat mengukuhka­n lagi benteng skuad Merah Kuning.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia