Harian Metro

PFA berjaya berjaya pulih keyakinan tiga penaja

- Firdaus Hashim firdaushas­him@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pemain dan pegawai pasukan Perlis menerima perkhabara­n gembira apabila Presiden Persatuan Bolasepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mengakui tiga daripada empat penaja yang menarik diri sebelum ini mengesahka­n akan kembali bersama skuad itu musim ini.

Berita itu sekali gus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa skuad Singa Utara bakal ‘tutup kedai’ ekoran kegagalan melunaskan tunggakan dua bulan gaji Disember dan Januari.

Jelas Amizal, usaha berterusan pihak pengurusan PFA memujuk penaja berkenaan membuahkan hasil dan beliau menegaskan sebaik wang daripada penaja diterima, segala tunggakan gaji pemain dan pegawai akan dijelaskan dalam masa terdekat.

“Sebenarnya punya kelewatan pembayaran gaji pemain adalah disebabkan oleh keputusan empat penaja menarik diri hingga menjejaska­n kantung pasukan.

“Tapi, selepas beberapa sesi pertemuan dengan pihak penaja, tiga daripadany­a bersetuju kembali menaja pasukan dan ini akan dapat membantu pasukan menyelesai­kan tunggakan gaji pemain.

“Perkara ini saya dah maklumkan kepada semua pucuk pimpinan pasukan termasuk pemain dan mereka memahami dan akan menunggu sehingga ia dibayar,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Sebelum ini, Perlis yang tewas 1-2 kepada UKM FC pada aksi pembukaan Liga Perdana berada dalam keadaan tidak menentu selepas status kewangan mereka semakin meruncing sehingga gagal menyelesai­kan isu tunggakan gaji pemain.

Malah, beberapa tonggak turut mendakwa akan meninggalk­an pasukan sekiranya tidak menerima bayaran sebelum aksi kedua liga menentang UiTM FC semalam.

Menurutnya, beliau turut kecewa dengan laporan media yang ‘menyerang’ PFA tanpa usul periksa meskipun ia sebenarnya tidak benar.

“Ada yang menyatakan saya langsung tak ambil peduli pasal pemain. Kalau benar saya buat tak tahu, siapa yang bayar tempat penginapan pemain di hotel, makanan dan trip latihan pramusim di Thailand. Semua itu guna duit poket saya sendiri, bukan sedikit, tapi banyak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia