Harian Metro

BARI BAGI KAMI NYAWA BAHARU

Mangsa terselamat terhutang budi arwah Bari rela berkorban dalam keadaan letih

- Hanneeyzah Bariah Baharin, Zatul Iffah Zolkiply dan Zaid Salim am@hmetro.com.my

“Dia beri kami nyawa baharu,” kata Nurdiana Alwani Jaafar, 33, dalam tangisan.

Nur Diana Alwani adalah antara lima mangsa diselamatk­an Abdul Bari Asyraf Mohd, 31, selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, kelmarin.

Nurdiana Alwani yang ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu berkata, arwah seolah-olah mahu menyelamat­kan mereka sekeluarga apabila bertanya jumlah mangsa yang tinggal.

Katanya, selepas menyelamat­kan dia bersama anak dan ibu tiri, arwah (Abdul Bari) ada bertanya berapa ramai lagi mangsa yang tinggal sebelum terjun semula ke sungai.

“Arwah seolah-olah mahu menyelamat­kan kami sekeluarga tanpa memikirkan dirinya walaupun kelihatan sangat letih.

“Seandainya dia masih hidup, saya mahu mengucapka­n terima kasih kepadanya kerana menyelamat­kan kami.

“Arwah beri kami nyawa baharu. Saya perasan arwah adalah individu pertama turun menyelamat­kan kami sejurus kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Nurdiana Alwani turut meminta maaf kepada ibu Abdul Bari, Masitah Awang, 60, di atas kehilangan anaknya ketika menyelamat­kan mereka sekeluarga.

“Saya minta maaf kepada keluarga arwah kerana kehilangan­nya ketika menyelamat­kan kami.

“Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa arwah kepada kami,” katanya.

Sementara itu, Masitah berkata, dia tidak menyimpan perasaan marah terhadap keluarga berkenaan kerana menggangap kejadian itu sudah menjadi ketentuan Ilahi.

“Mak cik tidak marah. Semua itu sudah ketentuan dan mak cik reda dengan pemergian arwah dengan cara seperti ini,” katanya.

Terdahulu, tiga daripada lima mangsa iaitu Suryati Rusly, 37, Asmaa Rusly, 23, dan Iman Nur Hana Luthfia Muhamad Amiruddin, 3, masih dirawat di HSNZ dan dilaporkan stabil manakala Nurdiana serta Syafawani Syazwani Jaafar, 11, sudah dibenarkan pulang.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.40 malam itu, lima sekeluarga nyaris lemas selepas pacuan empat roda dinaiki meluncur sebelum terjunam ke muara sungai.

 ??  ??
 ??  ?? NORDIANA (tengah) memeluk ibu arwah,
Masitah di perkaranga­n Unit Forensik HSNZ.
NORDIANA (tengah) memeluk ibu arwah, Masitah di perkaranga­n Unit Forensik HSNZ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia