Harian Metro

Usah biar anak keluar seorang diri

-

Kuala Lumpur: Ibu bapa perlu sentiasa menjaga keselamata­n anak-anak dan jangan membiarkan mereka keluar seorang diri, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian malang menimpa seorang kana-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemui mati dengan keadaan tangan kaki terikat dipercayai dibunuh.

Lam Thye berkata, kematian kanak-kanak itu adalah kes yang sangat menyayat hati dan beliau sangat bersimpati dengan keluarga mangsa.

“Saya anggap kes ini penting dan pihak berkuasa mesti menyiasat dengan teliti sehingga ke akar umbi untuk mencari pesalah.

“Kemungkina­n kanak-kanak itu diculik kerana ketika ditemui, kaki dan tangan diikat. Ini merupakan jenayah yang zalim dan serius serta tidak berperikem­anusiaan,” katanya.

Menurutnya, kes ini juga perlu menjadi satu peringatan kepada setiap lapisan masyarakat terutama ibu bapa mengenai aspek keselamata­n anak-anak dan jangan sewenang-wenangnya membenarka­n kanak-kanak keluar membeli barang seorang diri atau untuk tujuan apa sekali pun.

“Selepas 11 hari mangsa hilang, dia ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihka­n. Saya mengesyaki orang yang melakukann­ya menghidapi masalah mental atau sama ada orang itu ada masalah ketagihan dadah sukar untuk dinyatakan sehingga pihak polis atau pihak penguasa lain menjalanka­n penyiasata­n,” katanya.

 ??  ?? Kemungkina­n kanak-kanak itu diculik kerana ketika ditemui, kaki dan tangan diikat”
Lam Thye
Kemungkina­n kanak-kanak itu diculik kerana ketika ditemui, kaki dan tangan diikat” Lam Thye

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia