Harian Metro

Sinar baharu buat Sadariah

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

 Warga emas hidup dalam longgokan barangan usang, terbuang dapat bantuan

Seorang wanita warga emas akhirnya menarik nafas lega apabila dapat menghirup udara segar selepas bertahun-tahun tinggal dalam longgokan barangan usang serta terbuang di rumahnya.

Sadariah Baba, 80, yang ditinggalk­an suami sejak beberapa tahun lalu terpaksa menetap dalam longgokan barangan terbuang kerana dikatakan tidak berupaya membersihk­an sendiri kawasan tempat tinggalnya itu.

Keadaan rumahnya seolah-olah tempat pelupusan sampah dipenuhi longgokan bantal, almari, kain buruk dan pelbagai barangan usang serta terbuang mendapat perhatian Jawatankua­sa dan Penyelaras­an Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Taboh Naning serta Majlis Permuafaka­tan Komuniti Kampung (MPKK) Rantau Panjang untuk bergotong-royong membersihk­an kawasan rumah wanita itu.

Sadariah berkata, dia hidup serba kekurangan bukan hanya disebabkan tidak berkemampu­an, malah jarak rumah yang jauh dari pekan membuatkan­nya terputus hubungan dengan masyarakat luar.

“Untuk berjalan jauh pun saya tidak berapa daya inikan pula mahu membersihk­an kawasan rumah, mujur hari ini (semalam) ada masyarakat prihatin datang membantu.

“Alhamdulil­lah, akhirnya saya dapat hidup dalam suasana aman selain berazam tidak akan menyimpan segala barangan lusuh dan terbuang lagi di kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Solok Kilang, Kampung Rantau Panjang di sini, semalam.

Katanya, selepas ditinggalk­an suami dia kini bergantung harap kepada anak angkatnya untuk menyediaka­n barangan keperluan seperti beras dan bahan makanan lain.

Sementara itu, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning Zairi Suboh berkata, melihat keadaan Sadariah yang mengharuka­n, dia terpanggil untuk membantu dan memberikan kehidupan terbaik buat warga emas terbabit.

“Melihat keadaan hari tuanya sebegitu ia amat menyentuh hati dan saya bersama pihak terbabit berganding bahu membersihk­an kawasan rumah dan ‘menyelamat­kannya’ daripada terus hidup dalam keadaan sebegitu.

“Sadariah kini bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi meringanka­n beban perbelanja­annya,” katanya.

 ?? Sadariah Baba ?? PEGAWAI JAPERUN Taboh Naning membawa almari untuk disumbangk­an kepada Sadariah. ZAIRI (tengah), Pegawai Kebajikan JAPERUN, Taufik Abdul Rahman (kanan) dan Setiausaha MPKK, Roslan Abu Samah bertanya khabar pada Sadariah.
Untuk berjalan jauh pun saya tidak berapa daya inikan pula mahu membersihk­an kawasan rumah, mujur hari ini (semalam) ada masyarakat prihatin datang membantu”
Sadariah Baba PEGAWAI JAPERUN Taboh Naning membawa almari untuk disumbangk­an kepada Sadariah. ZAIRI (tengah), Pegawai Kebajikan JAPERUN, Taufik Abdul Rahman (kanan) dan Setiausaha MPKK, Roslan Abu Samah bertanya khabar pada Sadariah. Untuk berjalan jauh pun saya tidak berapa daya inikan pula mahu membersihk­an kawasan rumah, mujur hari ini (semalam) ada masyarakat prihatin datang membantu”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia