Harian Metro

Ungkapan syahdu adik

-

Kuala Terengganu: “Abang... doakan kami juga ke syurga bersama abang,” Itu ungkapan syahdu dilafazkan Siti Nur Hairunnisa, 29, sebaik selesai menyiram air mawar di pusara abangnya, Allahyarha­m Abdul Bari Asyraf, 31.

Anak ketiga daripada lapan beradik itu selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah, Kuala Terengganu, semalam.

Katanya, pemergian abang diangkat masyarakat sebagai wira kerana sanggup berkorban nyawa demi menyelamat­kan mangsa nyaris lemas apabila kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terjunam ke sungai di Pulau Warisan, Kuala Terengganu kelmarin (Jumaat) membanggak­an keluarga.

“Siapa yang tidak sedih kehilangan insan tersayang, namun doa daripada masyarakat membuatkan kami gembira, terharu dan bangga.

“Dia pergi dalam keadaan baik. Seluruh dunia sayang dia. Seluruh dunia mendoakann­ya.

“Kami reda dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagian abang di alam sana,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Bagi Siti Nur Kamilah, 24, kenangan bersama arwah abangnya tetap segar dalam ingatan.

Kuala Terengganu

“Ini janji Allah SWT. Mak cik reda dan bersyukur Dia mendengar doa kami supaya Abdul Bari ditemukan,” kata Masitah Awang, 60, ibu kepada mangsa lemas, Abdul Bari Asyraf Mohd, 31.

Masitah berkata, walaupun sedih kehilangan anak ketiga daripada lapan beradik itu, mereka sekeluarga berbangga kerana Abdul Bari pergi ketika mempertaru­hkan nyawanya menyelamat­kan orang lain.

“Alhamdulil­lah akhirnya Abdul Bari ditemui. Siang suka memasak. Kadang-kadang masak nasi goreng dan kami makan bersama.

“Ya Allah, tak dapat mak cik bayangkan perasaan sedih ini. Hanya Allah SWT yang tahu,” katanya tenang.

Abdul Bari yang hilang selepas membantu menyelamat­kan lima sekeluarga dalam insiden pacuan empat roda terjunam ke muara Sungai Terengganu, dekat Pulau Warisan di sini, malam kelmarin, ditemui lemas jam 7.23 pagi, semalam.

Mayat mangsa ditemui di kawasan kuala sungai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) serta orang awam pada jarak 2.5 kilometer daripada lokasi mangsa dipercayai lemas.

Dalam kejadian itu, Abdul Bari yang sedang memancing terjun ke sungai bersama beberapa individu lain bagi menyelamat­kan lima mangsa yang berada dalam kenderaan.

 ??  ?? ORANG ramai termasuk ahli keluarga mengangkat jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan
Islam Kampung Merbau Patah.
ORANG ramai termasuk ahli keluarga mengangkat jenazah Abdul Bari Asyraf Mohd untuk dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Merbau Patah.
 ??  ?? NUR Hairunnisa mengucup pusara arwah.
NUR Hairunnisa mengucup pusara arwah.
 ??  ?? NORDIANA Alwani Jaafar salah seorang mangsa yang berada dalam kenderaan Mitsubishi Storm terjunam ke dalam Sungai Terengganu bertemu Masitah untuk mengucapka­n terima kasih dan rasa terhutang nyawa terhadap pengorbana­n arwah.
NORDIANA Alwani Jaafar salah seorang mangsa yang berada dalam kenderaan Mitsubishi Storm terjunam ke dalam Sungai Terengganu bertemu Masitah untuk mengucapka­n terima kasih dan rasa terhutang nyawa terhadap pengorbana­n arwah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia