Diari anak dalam perut
Mawar buka Instagram untuk bayi lahir Mac depan
Pelakon Mawar Rashid, 24, membuka akaun untuk anaknya yang dijangka dilahirkan pada pertengahan Mac depan.
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan
Abdul Rashid berkata, akaun
itu akan digunakan sebagai diari anaknya untuk dikongsikan dengan peminat.
“Saya dan suami akan membuka akaun
untuk anak kami. Namun, ia belum
lagi. Insya-Allah, apabila sudah bersalin kelak, saya akan kongsikan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mawar, dia dan suami membuat keputusan membuka akaun itu untuk mengikuti peredaran zaman.
“Bagi kami, ini untuk memudahkan anak apabila mereka membesar kerana dalam zaman moden seperti hari ini di mana ramai orang menggunakan
sebagai diari. “Jadi, dari situ kami dapat berkongsi proses tumbesaran anak,” katanya.
Mawar dan suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau Raf juga memberitahu bahawa mereka tidak akan mengadakan majlis
seperti yang sering dilakukan selebriti tanah air. “Saya sendiri pun tak larat dan tak cukup tenaga untuk mengadakan majlis
Jadi, kami merancang untuk berikan lebih perhatian kepada majlis akikah kelak.
“Kami akan lebihkan adat kita dan kongsikan jantina bayi pertama kami pada hari kelahiran nanti,” katanya.