Harian Metro

Kebimbanga­n keluarga tahanan berasas

-

Kuching: Wisma Putra akan memastikan usaha membebaska­n rakyat Malaysia yang kini ditahan di sebuah penjara di Kemboja dilakukan sebaik mungkin. Pengarah Wilayah Sarawak, Kementeria­n Luar Negeri, Deddy Faisal Ahmad Salleh berkata, pihaknya sudah berhubung dengan Zunita Sedini, ibu Yusuf Islam Abdul Halik bagi memaklumka­n perkembang­an terkini rundingan.

Kuching: Ahli keluarga kepada 47 mangsa tahanan rakyat Malaysia mula resah dan bimbang terutama membabitka­n jaminan keselamata­n anak mereka di Penjara Banteay Meanchey, Kemboja.

Penasihat Khas (Hal Ehwal Sarawak) di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Hafsah Harun berkata, kebimbanga­n keluarga mangsa berasas selepas mengambil kira faktor umur tahanan yang majoritiny­a anak muda.

“Sudah masuk hari ke-60 mereka ditahan di Kemboja. Saya menyeru kepada semua kepemimpin­an kerajaan negeri dan Pusat untuk turun melawat ahli keluarga tahanan. Sekurang-kurangnya ia dapat mengurangk­an kerisauan dan kebimbanga­n mereka.

“Saya mengatur pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dengan ahli keluarga mangsa. Saya menyeru rakyat Malaysia untuk tidak menularkan spekulasi tidak benar di media sosial mengenai isu mangsa tahanan kerana dikhuatiri mengganggu proses rundingan pihak kerajaan dan kerajaan Kemboja,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Daripada 47 mangsa ditahan, sejak 11 Disember lalu, seramai 44 tahanan membabitka­n rakyat Sarawak yang majoritiny­a berusia 19 tahun.

Semua mereka disyaki menjadi mangsa sindiket pemerdagan­gan manusia selepas memperdaya semua mangsa dengan gaji lumayan jika bersetuju bekerja di Kemboja termasuk ada antara mereka perlu membayar wang pendahulua­n USD100 hingga USD200 seorang.

Mereka ditahan pihak berkuasa tempatan kerana dakwaan terbabit kegiatan perjudian atas talian, namun tidak dibawa ke mahkamah untuk proses dakwaan. Mengikut undang-undang negara berkenaan, semua mereka boleh dikenakan tahanan tanpa bicara selama tiga tahun.

Sementara itu, Hafsah ketika mengulas lanjut berkata, beliau menghargai komitmen Kementeria­n Luar susulan tindakan segera berikutan sidang media khas diketuai Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien pada 7 Februari lalu.

“Saya juga mengucapka­n penghargaa­n kepada usaha pihak kementeria­n itu untuk membawa pulang semua tahanan ke tanah air,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia