Harian Metro

‘Terima kasih uncle’

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

 Kenalan keluarga tawar diri ke Kemboja bantu cari anak lelaki

“Terima kasih (pak cik) Azra,” itu luahan kelegaan Yusuf Islam Abdul Halik antara 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Wilayah Banteay Mancheay, Kemboja, selepas bertemu individu dikenali sebagai Mohd Azra.

Mohd Azra adalah kenalan rapat keluarga Yusuf, 21, yang berusaha mencari rakyat Malaysia yang tidak tahu untung nasib mereka untuk dibebaskan dari penjara ketika maklumat mengenai penahanan mereka masih samar.

Ibu Yusuf, Zunita Sedini, 42, berkata, Mohd Azra berusia 40-an adalah individu yang sudi membantu mencari anaknya sebaik menerima maklumat mengenai penahanan mereka di penjara Disember lalu selepas dimaklumka­nnya.

Menurutnya, lelaki terbabit bersendiri­an ke Kemboja mencari anaknya pada Januari lalu atas dasar persahabat­an dibina sejak belasan tahun lalu.

Katanya, beliau memaklumka­n penahanan Yusuf kepada Mohd Azra sebaik mendapat panggilan telefon dari anak sulungnya dan lelaki terbabit berjanji membantu mencari anaknya.

“Selepas beberapa kali ke Kemboja pada kali ketiga, Mohd Azra dapat bertemu Yusuf dan tahanan lain di penjara berkenaan bersama pegawai kedutaan Malaysia di Kemboja selepas usaha mencarinya sebelum itu gagal kerana kekurangan maklumat selain keengganan pihak berkuasa negara itu memberi kebenaran.

“Ketika di penjara, saya berpeluang berkomunik­asi dengan Yusuf menerusi panggilan video. Hanya Allah SWT yang tahu betapa leganya saya melihat Yusuf walaupun sedih dengan kejadian menimpanya.

“Yusuf dan tahanan lain gembira bertemu Mohd Azra dan berterima kasih kerana datang membantu selain dapat menyampaik­an berita kepada keluarga di Malaysia,” katanya ketika ditemui pada sidang media, semalam.

Sidang media berkenaan dihadiri beberapa ahli keluarga tahanan lain yang turut berharap ada sinar untuk semua mangsa dibebaskan secepat mungkin.

Zunita berkata, sepanjang penahanan, Yusuf dan mangsa lain selamat walaupun terhad dari segi makanan kerana bimbang hidangan diberikan tidak halal.

Katanya, hari ini, Mohd Azra kembai ke Kemboja buat kali keenam dan membawa makanan untuk diberikan kepada Yusuf serta tahanan lain.

“Saya berterima kasih kepada (Mohd) Azra dan kerajaan kerana membantu membawa perkhabara­n positif ketika kami belum mengetahui nasib menimpa mereka (Yusuf serta rakyat Malaysia lain).

“Terima kasih kepada semua yang terbabit khususnya media dan rakyat Malaysia yang tidak berhenti memberi sokongan serta doa untuk kami mengharung­i saat getir ini. Saya juga berharap mereka dapat dibebaskan secepat mungkin,” katanya.

 ?? FOTO: ?? IBU tahanan di penjara di Kemboja menunjukka­n gambar anak perempuan mereka pada sidang media diadakan ahli keluarga tahanan warga Malaysia di Kemboja di Petra Jaya, semalam.
FOTO: IBU tahanan di penjara di Kemboja menunjukka­n gambar anak perempuan mereka pada sidang media diadakan ahli keluarga tahanan warga Malaysia di Kemboja di Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia