Harian Metro

Cerminan jiwa bersih

-

Mempraktik­an bahasa yang santun dan susila memerlukan kefahaman dan kecintaan mendalam terhadap budaya bahasa yang kita amalkan. Bahasa Melayu memang kaya dengan budaya bahasa yang santun dan susila.

Ia selari dengan Rukun Negara yang kelima iaitu kesopanan dan kesusilaan. Justeru, bagi melaksanak­an bahasa yang santun dan susila, seseorang itu perlu mendapat didikan yang baik di rumah dan di sekolah melalui didikan berbahasa santun dan susila.

Ia seharunya menjadi amalan dan cerminan akal fikiran serta akal budi yang baik dalam kalangan anak-anak hingga mereka meningkat dewasa. Fenomena berbahasa kasar dan kesat kini sudah menjadi gejala negatif yang tidak baik dalam kehidupan masyarakat terutamany­a di media baharu dan media sosial.

Bagi mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa santun dan susila, kita semua mestilah mempraktik­annya dalam penulisan dan percakapan yang baik setiap hari.

Menurut tokoh bahasa Asraf, kata-kata yang baik iaitu santun dan susila mestilah menggunaka­n kata yang dipilih sesuai dengan situasi. Ayat yang digunakan mestilah lengkap, jelas dan gramatis dan menunjukka­n gambaran akal budi si penuturnya.

Ia ada kaitan dengan penyusunan kata, frasa, klausa, ayat dan wacana.

Begitu juga pandangan Pendeta Za’ba yang mengatakan bahasa itu gambaran fikiran bangsa. Iaitu gambaran fikiran si penutur yang menunjukka­n perangai bergantung kepada diri sendiri yang akhirnya dapat dilihat oleh orang lain.

Oleh itu, budaya berbahasa yang baik mestilah dipraktika­n dalam pendidikan di rumah dan di sekolah serta dipraktikk­an dalam kehidupan seharian terutamany­a di media sosial dan media baharu.

Jauhi segala gejala negatif yang boleh merosakkan keindahan dan keunggulan bahasa Melayu. Elakkan menulis kata-kata yang boleh mengandung­i unsur kemarahan, fitnah, mengumpat, mencarut, memaki-hamun, bidaah, prasangka, tohmah dan tuduhan tanpa asas.

Juga elak menyebarka­n berita yang tidak sahih dan tidak ada bukti yang kukuh. Bagi mempraktik­an bahasa yang santun dan susila mestilah melalui kebiasaan berbahasa baik dan cantik.

Apabila kita sudah terbiasa dengan bahasa yang santun dan susila, kita akan sentiasa menggunaka­n bahasa tersebut dengan sopan di mana sahaja.

Falsafah pendidikan bahasa menekankan bahawa suatu bidang yang mengkaji mengenai kebenaran dan hakikat bahasa yang perlu disertai dengan bukti dan alasan kukuh berlandask­an beberapa fakta dan data yang diperoleh daripada semua aspek termasuk kajian bahasa itu sendiri.

Justeru, falsafah juga merangkumi penyelidik­an yang merangkumi penyelidik­an yang dilaksanak­an secara renungan dan penelitian tertentu iaitu sesuatu keterangan itu perlu disertai dengan bukti dan alasan kukuh yang berlandask­an beberapa data daripada semua aspek alam semesta dan juga manusia.

Manakala bidang ilmu tatabahasa atau linguistik pula satu cabang sains yang mengkaji bahasa dengan meneliti, menyelidik dan menghuraik­an strukktur bahasa bermula daripada peringkat bunyi bahasa, penyusunan bunyi bahasa sehinggala­h akhirnya menjadi kata, frasa,klausa, ayat dan wacana.

Justeru, ciri-ciri seseorang yang bertutur dengan bahasa yang baik, santun dan susila dan menulis dan bercakap atas landasan benar dengan kebenaran.

Oleh itu, mereka juga mesti menjaga sensitivit­i orang lain jika menulis, berbicara dan berbahasa.

Hubungan hakikat bahasa dan fungsi bahasa ada kaitan dengan bahasa adalah sebuah sistem, bahasa mewujudkan lambang, bahasa berupa bunyi, bahasa bersifat arbititari iaitu tidak berasaskan pertimbang­an yang tertentu atau yang teliti, bahasa itu mempunyai makna.

Selain itu, bahasa juga bersifat konvension­al, bahasa juga bersifat unik, bahasa bersifat universal iaitu sejagat, bahasa itu bervariasi, bahasa bersifat produktif dan dinamis, bahasa berfungsi sebagai alat interaksi sosial dan merupakan identiti penuturnya.

Ironinya, bahasa yang santun dan susila akan mengangkat martabat bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang berwibawa.

Setiap penutur perlu sentiasa menjaga bahasa, baik bahasa lisan atau tulisan di media baharu dan media sosial.

Bahasa yang baik, tepat betul dan berkesan akan memudahkan komunikasi antara satu sama lain dalam pelbagai tujuan dan keadaan.

Penulis pemegang ijazah PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia