Harian Metro

Perhitunga­n di akhirat

-

perhitunga­n yang adil di akhirat kelak. Tidak akan ada manusia yang mampu untuk memanipula­si rekod amalannya kerana setiap perhitunga­n yang dilakukan Allah SWT adalah sangat adil.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah) Kami akan mengadakan neraca timbangan yang adil untuk (menimbang amal makhluk-makhluk pada) hari kiamat, maka tidak ada diri sesiapa akan teraniaya sedikitpun, dan jika (amalnya) itu seberat biji sawi (sekalipun), nescaya Kami akan mendatangk­annya (untuk ditimbang dan dihitung), dan cukuplah Kami sebagai Penghitung.” (Surah al-Anbiya’, ayat 47)

Tidak seperti perhitunga­n dunia yang ada kalanya

 Setiap dosa dan pahala ditentukan seadil-adilnya

betul, tidak kurang juga berat sebelah. Ada insan teraniaya disebabkan perhitunga­n tidak adil baginya. Namun, bagi Allah SWT, setiap amalan akan dihitung dengan tepat dan adil.

Keadilan Allah SWT tidak sama dengan makhluk-Nya. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Jika salah seorang daripada kalian memperinda­h keislamann­ya, maka setiap kebaikan yang dilakukann­ya akan dicatat baginya dengan sepuluh kali ganda (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda. Dan setiap keburukan yang dilakukann­ya akan dicatat baginya satu keburukan (dosa) seumpamany­a.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pada hari perhitunga­n amalan nanti, setiap insan akan menerima keputusan daripada Allah SWT. Keputusan itu menentukan sama ada seseorang itu menuju ke syurga atau ke neraka.

Allah SWT menjelaska­n perihal keputusan perhitunga­n amalan manusia itu menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang menerima surat amalnya dengan tangan kanannya maka dia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Dan dia akan pergi kepada keluargany­a (yang beriman) dengan sukacita.

Dan sesiapa yang menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangny­a maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaan­nya. Dan dia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.” (Surah al-Insyiqaq, ayat 7-12)

Ketika hidup di dunia ini, setiap amalan tidak terlepas daripada catatan malaikat. Malaikat yang ditugaskan mencatat amalan manusia tidak sesekali leka dengan tugasan yang diberikan.

Tidak mungkin manusia dapat menyembuny­ikan kejahatan yang dilakukan kerana semuanya akan dicatat secara terperinci.

Tidak seperti ketika mengisi butiran prestasi kerja tahunan, mungkin ada yang sengaja atau terpaksa menipu butiran kerana ingin selamat daripada sebarang tindakan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkan­nya (atau perbuatan yang dilakukann­ya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).” (Surah Qaf, ayat 18)

Tidak hanya rekod yang dicatat, pada hari perhitunga­n kelak anggota badan turut menjadi saksi terhadap setiap perbuatan buruk yang dilakukan.

Ketika itu mulut akan dikunci dan atas kuasa Allah SWT, tangan dan kaki akan berbicara sebagai saksi atas perbuatan yang dilakukan.

Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Pada hari ini Kami tutup mulut mereka dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianl­ah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan.” (Surah Yasin, ayat 65)

Seperti kita berharap mendapat penilaian cemerlang hasil pekerjaan kita di dunia, harapan sama juga diharap berlaku ketika amalan kita dihitung di akhirat kelak.

Penulis pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ?? DUNIA adalah tempat untuk mencari bekalan di alam akhirat kelak.
DUNIA adalah tempat untuk mencari bekalan di alam akhirat kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia