Harian Metro

Wajar beri penjelasan

- Siti A’isyah Sukaimi am@hmetro.com.my

Isu ijazah palsu yang didakwa membabitka­n beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet selain menteri besar perlu diperjelas­kan kepada umum.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya ijazah diperoleh itu bukan daripada universiti yang tidak mendapat akreditasi, ia bukan masalah penting.

“Kena tanya mereka yang terbabit, tetapi saya merasakan perkara ini perlu diperjelas­kan.

“Jika ia (ijazah) bukan dari universiti yang tidak mendapat akreditasi, ia bukan

penting kerana ada banyak Arau: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang terpalit dengan dakwaan tidak memiliki ijazah pengajian tinggi dan ijazah palsu diminta bertanggun­gjawab dan memohon maaf kepada rakyat sekiranya benar dakwaan itu.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tindakan memalsukan perkara itu nyata memalukan dan tidak wajar berlaku dalam kalangan pemimpin negara.

Katanya, sekiranya pemimpin berkenaan ingin membuktika­n mereka berkelayak­an memimpin, ia boleh dibuktikan melalui cara yang lain berbanding mempamerka­n ijazah.

“Benda ini (sijil kelayakan) kalau nak tunjuk dekat rakyat, mestilah yang betul-betul diiktiraf.

“Tapi saya tengok tindakan menunjuk sijil ini lebih kepada nak buktikan kepada rakyat diri mereka layak dengan jawatan yang dipegang juga universiti tidak dapat akreditasi pada 2005 dan ke bawah,” katanya pada Program Putrajaya Park’s Day di Taman Wetland Putrajaya, semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai isu tular ijazah palsu didakwa membabitka­n beberapa menteri dan timbalan menteri selain menteri besar.

Dalam pada itu, Khalid berkata, paling penting adalah individu dilantik itu berusaha menjalanka­n amanah dan tanggungja­wab yang diberikan.

“Apa yang penting ialah orang terbabit mempunyai sifat amanah dan berusaha sebaik mungkin menunaikan tanggungja­wab dengan semua kemampuan yang ada pada dirinya,” katanya.

Berhubung isu 12 setiausaha politik kepada menteri Kabinet yang masih gagal mengisytih­arkan harta masing-masing kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), beliau berkata, perkara berkaitan jawatan itu tertakluk di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Katanya, sehubungan itu, urusan berkaitan mereka termasuk pengisytih­aran harta kepada SPRM adalah di bawah perhatian JPM.

“Kadangkala, ada yang diterima (SPRM), tetapi lambat dimasukkan (portal mydeclarat­ion.sprm.gov.my),” katanya.

 ??  ?? KHALID bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim menarik upih pinang yang dinaiki isteri masing-masing ketika majlis perasmian Putrajaya Park's Day di Taman Wetland Putrajaya.
KHALID bersama Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassim menarik upih pinang yang dinaiki isteri masing-masing ketika majlis perasmian Putrajaya Park's Day di Taman Wetland Putrajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia