Harian Metro

Jangan cepat panik

- Siti A’isyah Sukaimi sitiaisyah@hmetro.com.my

 Pembayar cukai terima surat, e-mel berkaitan PKPS daripada LHDN disaran hadir ke pejabat agensi berkenaan

Pembayar cukai yang menerima surat atau e-mel berkenaan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak perlu resah sekiranya tidak mempunyai akaun bank di luar negara.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, perkara itu adalah lanjutan daripada penerangan diberikan oleh pihak LHDN khususnya berkaitan dengan saranan supaya penerima surat atau e-mel hadir ke pejabat agensi itu.

“PKPS adalah proses pemutihan cukai oleh LHDN untuk membantu mereka yang membuka akaun bank di luar negara dengan wang pendapatan dari Malaysia yang belum dilapor atau dikenakan cukai.

“Justeru, pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara boleh membuat pelaporan secara sukarela jika ada pendapatan disimpan di dalam akaun bank luar negara yang sumbernya diperolehi daripada pendapatan diterima dari Malaysia tetapi belum dilapor atau dikenakan cukai,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Ia susulan pihak Kementeria­n Kewangan menerima banyak pertanyaan daripada individu yang menerima surat dan e-mel daripada LHDN berkaitan PKPS.

Dalam pada itu, beliau berkata, sekiranya pendapatan ini sudah dilapor kepada LHDN atau dikenakan cukai dan kemudian disalurkan ke luar negara, segala-galanya adalah teratur di sisi undang-undang cukai pendapatan.

Katanya, prosedur pembukaan akaun bank di luar negara adalah seragam di peringkat antarabang­sa iaitu butiran lanjut mengenai pendaftara­n dan maklumat percukaian perlu dikemukaka­n kepada pihak berkuasa negara berkenaan.

“Di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembanguna­n Ekonomi (OECD) yang ditandatan­gani lebih 100 negara, LHDN mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai September tahun lalu.

“Dalam erti kata lain, PKPS menawarkan satu penyelesai­an cukai bagi mereka yang ada akaun bank di luar negara tetapi pendapatan­nya tidak dilaporkan kepada LHDN,” katanya.

Guan Eng berkata, pembayar cukai dalam kategori ini yang diminta dalam e-mel atau surat LHDN untuk menghubung­i dan melaporkan pendapatan itu kepada agensi berkenaan.

Katanya, pihak kerajaan bersetuju untuk memberi kelonggara­n penguranga­n bayaran penalti 10 peratus jika dilaporkan sebelum 31 Mac depan atau 15 peratus jika dilaporkan antara 1 April sehingga 30 Jun depan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, satu e-mel atau surat baharu akan dihantar semula oleh LHDN untuk menggantik­an surat edaran PKPS sebelum ini supaya tidak timbul sebarang salah faham.

“Bagaimanap­un, jika masih ada pertanyaan lanjut mengenai PKPS, kunjungi pejabat LHDN berhampira­n, hubungi Hasil Care Line LHDN di talian 1-800-88-5436 atau 603-7713 6666 (luar negara) atau e-mel pertanyaan kepada pengakuans­ukarela@hasil.gov.my,” katanya.

Sementara itu, Guan Eng berkata, beliau sudah meminta LHDN mengambil tindakan tegas terhadap aduan diterima berhubung segelintir pegawai LHDN yang cuba mengambil kesempatan di atas pelaksanaa­n PKPS, dengan menjalanka­n tugas secara tidak profesiona­l, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja ditetapkan.

“Saya ingin menegaskan tidak ada perubahan dalam sistem dan kuantum penalti cukai yang berkuat kuasa untuk pembayar cukai dalam Malaysia (masih menggunaka­n struktur penalti yang sama),” katanya. Putrajaya: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n sedang berusaha untuk mewartakan taman awam di seluruh negara merangkumi sekurang-kurangnya 250 ekar keluasan di setiap negeri.

Menterinya Khalid Abdul Samad berkata, berikutan itu, usaha berkenaan akan dilaksanak­an oleh Jabatan Landskap Negara di bawah Kementeria­n Wilayah Persekutua­n.

“Jadi kita hendak mewartakan­nya supaya kita dapat mengekalka­n dan melindungi kawasan ini di mana setiap negeri akan ada taman yang boleh dikunjungi oleh rakyat dan warga negeri masing-masing.

“Ia adalah satu proses berterusan dan sekarang ini difahamkan negeri dikenal pasti tempat untuk diadakan taman seumpama itu antaranya Pahang yang sudah dikenal pasti 250 ekar tanah,” katanya kepada pemberita pada Program Putrajaya sempena Hari Wilayah Persekutua­n 2019 di Taman Wetland Putrajaya, semalam.

Hadir sama, Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin Hassim.

Dalam pada itu, Khalid berkata, pewartaan berkenaan termasuk taman berskala besar iaitu Taman Persekutua­n Bukit Kiara seluas 370 ekar di Kuala Lumpur.

 ?? Lim Guan Eng ?? PKPS menawarkan satu penyelesai­an cukai bagi mereka yang ada akaun bank di luar negara tetapi pendapatan­nya tidak dilaporkan kepada LHDN”
Lim Guan Eng PKPS menawarkan satu penyelesai­an cukai bagi mereka yang ada akaun bank di luar negara tetapi pendapatan­nya tidak dilaporkan kepada LHDN”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia