Harian Metro

Tubuh biru 4 kali seminggu

- Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi am@hmetro.com.my

Suami isteri dari Ladang Chersonese, Kuala Gula di sini, buntu memikirkan masa depan anak bongsu mereka yang menderita saluran jantung tersumbat sejak dilahirkan.

Dugaan keluarga ini semakin berat apabila Mohd Darwish Fahmi Mohd Shah Mizan yang baru berusia 18 bulan perlu dibedah secepat mungkin dengan kos sebanyak RM80,000 bagi menggantik­an saluran injap jantungnya.

Mohd Shah Mizan Ramli, 36, berkata dia hanya bekerja sebagai operator kilang dengan pendapatan tidak seberapa serta perlu menanggung tiga lagi anak, Siti Nor Umairah, 8 dan kembar Mohd Nor Aiman dan Mohd Nor Iman, 7, yang masih bersekolah.

Isterinya, Zakiah Ishak, 37, pula hanya suri rumah dan mereka turut menjaga ibu Deriah Nawi, 70, yang kini lumpuh serta terlantar di rumah anak saudaranya.

“Pihak hospital memaklumka­n perlu menyediaka­n RM40,000 manakala separuh lagi akan ditanggung pihak mereka.

“Mana kami nak cari sebanyak itu, kerja setahun pun tak mampu kumpul. Kami dah tak tahu apa nak buat, hanya berserah pada Allah dan terpaksa menebalkan muka mengharap simpati rakyat Malaysia membantu mengumpul kos pembedahan itu.

“Ia perlu disediakan sebelum Mei ini kerana anak saya akan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang untuk menjalani pemeriksaa­n dan seterusnya pembedahan,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Ladang Chersonese, Kuala Gula, kelmarin.

Sementara itu Zakiah berkata, sebelum ini anaknya dirawat di Hospital Taiping selama sebulan sewaktu berusia tiga bulan.

Dia ditebuk di bahagian paha kanan bagi membuka sedikit saluran injap jantung dan melancarka­n perjalanan darahnya.

 Bayi derita saluran jantung tersumbat perlu RM80,000

“Sekurang-kurangya tiga ke empat kali seminggu anak saya menjadi kebiru-biruan seolah-olah darah tidak mengalir dan perlu diangkat serta diurut.

“Biarpun berusia setahun enam bulan, anak saya tidak macam anak orang lain dengan berat hanya 7.5 kilogram serta tidak mampu berdiri atau berjalan. Dia hanya mengesot untuk bergerak,” katanya.

Zakiah berkata, anaknya juga perlu mendapatka­n rawatan susulan empat bulan sekali di Hospital Taiping manakala enam bulan sekali di Hospital Pulau Pinang.

“Kadangkala untuk pergi rawatan ke Pulau Pinang pun terpaksa berhutang pada rakan dan adik-beradik, inikan pula nak cari RM40,000 dalam masa tiga bulan,” katanya hiba.

 ?? FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI ?? ZAKIAH memberikan ubat kepada Mohd Darwish yang menghidap saluran jantung tersumbat.
FOTO: SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI ZAKIAH memberikan ubat kepada Mohd Darwish yang menghidap saluran jantung tersumbat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia