Harian Metro

BERKUBANG TANGKAP IKAN

- Am@hmetro.com.my

 Penduduk perlu guna tangan cari lampam, keli, jelawat dan tilapia dalam pesta mengoca di petak sawah

Jelebu

Aktiviti mengoca ikan di kawasan sawah padi memberi keseronoka­n bagi anak jati Kuala Lumpur yang kali pertama menyertain­ya di Kampung Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Ahmad Hairul Hamzah, 21, berkata, dia datang bercuti mengikut kenalan yang tinggal di Simpang Durian, dekat sini, sebelum dimaklumka­n aktiviti itu.

Katanya, ia pengalaman pertamanya berkubang dalam lumpur sawah untuk menangkap ikan.

“Awalnya takut juga masuk dalam petak sawah bermain lumpur sehingga mengotorka­n pakaian, tetapi sebaik berebut mencari ikan situasi bertukar sebaliknya.

“Walaupun tidak berjaya mendapat ikan, pengalaman ini cukup menyeronok­kan dan jika boleh saya mahu menyertain­ya lagi pada masa akan datang,” katanya.

Aktiviti mengoca ikan diadakan sempena Pesta Mengemping yang dirasmikan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.

Hadir sama Pengarah Perikanan negeri, Halimi Abu Hanip, Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu (MDJ), Wan Mud Shardihan Wan Dahalan dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Buloh, Mustakim Muhammad.

Ahmad Hairul berkata, percubaan kali pertama menangkap ikan menggunaka­n tangan sukar kerana licin dan sukar untuk dipegang.

Sementara itu, Halimi berkata, pihaknya melepaskan 250 ikan termasuk lampam, keli, jelawat dan tilapia bagi aktiviti mengoca.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia