Harian Metro

Pesta mengemping masuk kalendar makan angin

-

Jelebu: Bermula tahun ini Pesta Mengemping Kampung Sungai Buloh di Simpang Durian, dekat sini, dimasukkan dalam kalendar pelanconga­n Negeri Sembilan sebagai antara tarikan pengunjung ke negeri ini.

Pemangku Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu (MDJ) Wan Mud Shardihan Wan Dahalan berkata, pihaknya bersama Lembaga Pelanconga­n Negeri Sembilan (LPNS) dan Inap Desa Kampung Sungai Buloh akan bekerjasam­a mengadakan program itu.

Katanya, pesta mengemping iaitu aktiviti selepas musim menuai padi menjadi tradisi sejak lebih 79 tahun lalu dan akan diadakan pada Februari setiap tahun.

“Penganjura­n pesta mengemping bertujuan memperkena­lkan aktiviti mengemping yang sinonim dengan kampung berkenaan selain mempromosi­kan produk dan program pelanconga­n di daerah Jelebu,” katanya katanya ketika ditemui dalam Pesta Mengemping Kampung Sungai Buloh, di sini, kelmarin.

Majlis disempurna­kan Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Bakri Sawir.

Hadir sama Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya Negeri Sembilan, Syed Mohd Fariz Syed Mansur Al Idrus, Pengurus LPNS, Nazirul Khairil Mohd Nor dan Pengerusi Majlis Pengurus Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Sungai Buloh, Mustakim Muhammad.

Wan Mud Shardihan berkata, pesta mengemping adalah aktiviti keramaian yang dijalankan penduduk kampung apabila mereka berkumpul beramai-ramai membuat emping.

Katanya, untuk menghasilk­an emping, penduduk akan dibahagi kepada beberapa kumpulan bagi memastikan proses berjalan lancar bermula dengan menggoreng padi menggunaka­n kayu api sehingga menjadi bertih.

“Bertih itu kemudian ditumbuk menggunaka­n lesung kaki sehingga menjadi emping dan ditampi untuk membuang hampas padi,” katanya.

Emping hanya boleh ditemui pada musim menuai padi dan pesta seperti itu mampu menarik kehadiran pengunjung yang mahu mencari kelainan apabila datang bercuti.

Sementara itu, Mustakim ketika ditemui berkata kampung berkenaan mempunyai sawah padi seluas 192 hektar dan antara yang aktif di negeri ini.

Katanya, aktiviti mengemping sudah diadakan dalam kalangan penduduk sejak sekian lama dan masih diteruskan bagi mengelak ia pupus.

“Selain pesta mengemping, aktiviti mengoca ikan turut diadakan dan ia antara yang turut popular selepas musim menuai dan dinantikan bukan saja oleh golongan dewasa malah kanak-kanak.

“Tahun ini kita turut berbangga kerana 11 pengusaha inap desa di kampung ini sudah menerima pengiktira­fan daripada kerajaan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? GOLONGAN ibu menggoreng padi.
GOLONGAN ibu menggoreng padi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia