Harian Metro

Lepas geram atas muka

- Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Pemandu teksi eksekutif cedera di muka selepas dibelasah seorang lelaki dipercayai pemandu kereta sapu di KL Sentral, di sini, kelmarin.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 10.30 pagi ketika mangsa berusia 54 tahun berada di hentian bas di lokasi berkenaan sebelum dihampiri suspek.

Sumber berkata, suspek terus menumbuk mangsa menyebabka­n luka dan lebam di seluruh muka pemandu teksi eksekutif itu.

“Mangsa mendapatka­n rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum membuat laporan di pondok polis pusat perubatan itu pada hari sama.

“Difahamkan, mangsa dipukul kerana suspek tidak berpuas hati dengan pemandu teksi eksekutif itu yang dikatakan mendapat penumpang daripada kalangan pelancong untuk ke Genting Highlands,” katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfield­s, Asisten Komisioner Ruslan Khalid ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahka­n menerima laporan kejadian.

“Ketika mangsa berada di laluan ketibaan dan pelepasan bas di KL Sentral untuk menunggu penumpang, dia

 Pemandu teksi cedera ditumbuk drebar kereta sapu gara-gara tak dapat pelanggan

diserang lelaki dikenaliny­a berusia 33 tahun menyebabka­n berlaku pergaduhan.

“Orang ramai di lokasi kejadian meleraikan pergaduhan itu yang tidak membabitka­n penggunaan senjata,” katanya.

Beliau berkata, mangsa cedera di muka serta kaki dan dirawat sebagai pesakit luar.

“Suspek ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 160/323 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan.

“Siasatan berhubung kes itu giat dijalankan termasuk mengenal pasti punca pergaduhan sama ada insiden disebabkan isu peribadi atau berebut pelanggan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia