Harian Metro

Sebak lihat ayah telentang atas bonet

-

Gua Musang: Seorang peneroka menemui ajal di atas bonet kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal di Kilometer 12 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa yang juga peneroka Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok Baru, Ramli Yusoff, 54, menunggang Honda EX-5 dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja di kawasan perindustr­ian di bandar ini.

Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV Perodua Alza dipandu Muhammad Amirul Aiman Muhammad Ashri, 23, dalam perjalanan dari Gua Musang menghala Kuala Krai dipercayai hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an dan melanggar mangsa.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak dan terjatuh di atas bonet hadapan MPV berkenaan sebelummen­inggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Anak mangsa, Akmal Razim, 23, mengakui terkejut selepas dimaklumka­n jiran mengenai kemalangan menimpa bapanya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian 15 minit kemudian, saya sebak melihat ayah telentang atas bonet kenderaan yang merempuhny­a,” katanya.

Menurut Akmal, malam sebelum kejadian, ayahnya tidak menunjukan perangai pelik tetapi dia (arwah) meminta mengadakan majlis bakar ayam bersama sekeluarga.

“Kebetulan abang sulung yang bekerja di Kuala Lumpur ada bersama kami kerana bercuti sempena Tahun Baharu Cina. Kami tidak sangka majlis bakar ayam malam tadi (kelmarin) kenangan terakhir kami bersama ayah.

“Ayah gembira kerana dapat berkumpul bersama semua anak dan cucu dan berselera menjamah ayam bakar,” katanya.

Akmal berkata, jenazah ayahnya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam RKT KESEDAR Renok Baru.

 ??  ?? ISTERi mangsa, Rozanah Mohd Noor (tengah) dipapah ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Gua Musang.
ISTERi mangsa, Rozanah Mohd Noor (tengah) dipapah ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Gua Musang.
 ??  ?? RAMLI (gambar kecil) maut atas bonet kereta yang merempuhny­a.
RAMLI (gambar kecil) maut atas bonet kereta yang merempuhny­a.
 ??  ?? MUKA pemandu teksi eksekutif yang lebam dan luka akibat dibelasah pemandu kereta sapu di Kuala Lumpur Sentral, ke l m a r i n .
MUKA pemandu teksi eksekutif yang lebam dan luka akibat dibelasah pemandu kereta sapu di Kuala Lumpur Sentral, ke l m a r i n .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia