Harian Metro

Mayat warga Kanada dalam bilik air

-

Seorang lelaki warga Kanada, Bieber Robert Donald ditemui maut dengan keadaan mayatnya berbau di Apartment Sri Sayang, Batu Feringgi di sini, jam 6.50 petang kelmarin.

Dalam kejadian itu, mayat mangsa berusia 70 tahun ditemui pemilik apartmen sebelum menghubung­i polis.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, pihaknya yang tiba di lokasi kejadian menemui mayat mangsa dalam keadaan telentang di dalam bilik air utama apartmen itu.

Katanya, keadaan mayat juga berbau dan berulat di muka.

“Pemeriksaa­n ke atas mayat dan kawasan persekitar­an tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.

“Polis juga menemui beberapa ubat mangsa dan diambil untuk diserahkan ke uji kaji Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, mangsa mendaftar masuk pada 22 Julai tahun lalu dan kali terakhir dia membuat bayaran menyambung tempoh sewaannya pada 26 Disember lalu.

Katanya, mangsa tinggal sendirian dan sering berhubung dengan anaknya di Singapura.

Che Zaimani berkata, anak mangsa meminta pemilik apartmen melihat keadaan bapanya selepas beberapa hari tidak menjawab e-mel.

“Susulan itu, pemilik apartmen menjenguk mangsa sebelum terhidu bau busuk dan memaklumka­n anaknya mangsa meninggal dunia,” katanya.

 ??  ?? BIEBER (gambar kecil) ditemui maut dalam bilik air di Apartment Sri Sayang, Batu Ferringhi.
BIEBER (gambar kecil) ditemui maut dalam bilik air di Apartment Sri Sayang, Batu Ferringhi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia