Harian Metro

Ruang tanam pokok ganja

- Shahrinnah­ar Latib cnews@nstp.com.my

Pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian jika memperoleh kebenaran Menteri Kesihatan.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, terdapat peruntukan undang-undang yang memberikan ruang bagi penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.

“Baru-baru ini, saya ada terbaca di akhbar mengenai (kejayaan) rakyat tempatan menghasilk­an minyak ganja, jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul dan boleh dilakukan (kajian) di dalam negara.

“Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya 1952, pokok ganja boleh diusahakan untuk tujuan perubatan... sebab itu, penting untuk dapatkan kelulusan Menteri Kesihatan terlebih dahulu sebelum boleh dihasilkan bagi tujuan perubatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apresiasi AADK Pahang Bersama Rakan Pintar dan Rakan Strategik, kelmarin.

Kisah kejayaan tiga rakyat tempatan menghasilk­an Minyak CBD (Cannabidio­l) daripada Cannabis Sativa dan menetap di United Kingdom itu mendapat perhatian media tempatan pada

 Menteri Kesihatan boleh beri kelulusan untuk tujuan perubatan

Jun tahun lalu.

Syarikat diasaskan sepasang suami isteri, Abdul Halim Pauzi dan Nurul Ain Sahbudin serta rakan mereka, Mohd Roslan Abdullah yang 15 tahun menetap di negara berkenaan bukan saja melakukan kajian mengenai keberkesan­an minyak ganja dalam perubatan, bahkan turut memperoleh lesen bagi memasarkan produk dihasilkan dari 50 negara lain di Kesatuan Eropah.

Zulkifli berkata, sekiranya pokok ganja mampu memberikan kemujaraba­n daripada aspek perubatan, pihak berkenaan perlu melakukan sesuatu dan penanaman pokok ganja perlu dijalankan dengan betul serta mengikut peruntukan undang-undang.

“Pokok ini tidak boleh tanam bersepah-sepah kerana bahan itu adalah dadah. Sebab itu kita kena kawal sebaiknya, malah setengah negara ada aktiviti penamanan sebegini.

“Mungkin satu hari nanti, jika Malaysia ada bahan sebegitu, kita boleh menjadi pengekspor­t tetapi mengikut undang-undang,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia