Harian Metro

Syed Saddiq sebak lawat Semenyih

-

Hulu Langat: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengakui sebak ketika melakukan lawatan kerja seharinya di bebebapa kawasan di Semenyih di sini, semalam.

Sambil menafikan ia mempunyai kaitan dengan suasana Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini, beliau berkata, perasaan sebak kerana kunjungann­ya itu ibarat pulang ke kampung halaman.

“Saya sebak bila datang ke sini sebab tempat ini (balai raya) adalah tempat yang bersejarah pada saya kerana dua tahun lepas saya pernah ke sini sebelum pilihan raya.

“Semasa awal penubuhan parti (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) inilah salah satu tempat pertama saya lawat, jadi ia ibarat saya pulang ke rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Tukar Minyak Hitam Motosikal Percuma di Balai Raya Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang sempena lawatan kerja rasmi beliau di Semenyih di sini, semalam.

Ditanya tidakkah lawatannya itu dilihat kerana PRK Semenyih atau ibarat mahu memberi ‘dedak’ kepada penduduk, Ahli Parlimen Muar itu berkata, isu itu tidak sepatutnya timbul.

“Sebenarnya sebelum pilihan raya lagi saya datang ke sini walaupun ada ramai yang tanya soalan sama kenapa saya datang hari ini.

“Boleh periksa dengan penduduk sebelum pilihan raya saya datang dan selepas pilihan raya saya berjanji nak bermain bola dengan mereka tiba-tiba ada pula PRK,” katanya.

Tambahnya, apa yang paling penting adalah beliau mahu meningkatk­an kemudahan sukan di kawasan itu demi mengangkat sukan luar bandar ke tahap lebih tinggi.

“Saya yakin ada banyak lagi program akan dibuat di sini dan ianya tiada kaitan dengan PRK,” katanya.

PRK DUN Semenyih diadakan susulan kematian penyandang­nya daripada Pakatan Harapan (PH), Bakhtiar Mohd Nor, 57, akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu.

Hari penamaan calon ditetapkan 16 Februari ini, manakala tarikh pengundian awal pada 26 Februari.

 ??  ?? SYED Saddiq (tengah) pada program tukar minyak hitam percuma kepada penduduk Semenyih, semalam.
SYED Saddiq (tengah) pada program tukar minyak hitam percuma kepada penduduk Semenyih, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia