Harian Metro

Takrif semula definisi keganasan

-

Kuantan: Definisi keganasan atau ekstremis perlu ditakrifka­n semula kerana sering disalah tafsir oleh masyarakat sehingga digunakan untuk melabel aktivis Islam sebagai pengganas atau terorisme.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh berkata, ia adalah satu istilah yang berbahaya dan jika disalahgun­akan boleh membuatkan masyarakat dunia terutama barat memandang serong kepada aktivis Islam.

“Saya rasa stigma atau anggapan masyarakat terhadap erti definisi keganasan atau ekstremis perlu lebih diperjelas­kan sebab apabila bercakap pasal keganasan orang mengaitkan­nya dengan Islam.

“Jadi penting untuk kita mendefinis­ikan semula istilah keganasan atau ekstremis ini sebab saya lihat sekarang ramai yang menyalahgu­nakan perkataan itu dengan merujuk kepada umat Islam,” katanya dalam sidang media selepas Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Kebajikan Rapha Children’s Home, semalam.

Pada sambutan itu, Fuziah turut menyampaik­an sumbangan kepada rumah kebajikan berkenaan yang mempunyai 37 penghuni berusia antara tiga hingga 18 tahun.

Semalam media melaporkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mahu Malaysia menetapkan definisi jelas mengenai tindakan keganasan atau ekstremis berikutan banyak pihak mempersoal­kan tindakan pihak berkuasa yang mudah menggunaka­n Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) untuk menahan seseorang tanpa dibicaraka­n.

Sementara itu, Fuziah berkata, 12 Setiausaha Politik (Setpol) kepada Menteri Kabinet yang belum mengisytih­arkan harta perlu melakukann­ya dalam tempoh terdekat bagi mengelak tindakan oleh pihak Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Menjadi tanggungja­wab mereka menyerahka­n butiran jumlah pendapatan dan aset kepada SPRM dan sepatutnya tidak ada alasan bagi kelewatan pengisytih­aran itu dibuat,” katanya.

 ??  ?? FUZIAH menyampaik­an sumbangan kepada penghuni pada Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Kebajikan Rapha Children’s Home, semalam.
FUZIAH menyampaik­an sumbangan kepada penghuni pada Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina di Rumah Kebajikan Rapha Children’s Home, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia