Harian Metro

Ugut simbah asid, toreh muka isteri

-

Georgetown: Selepas lebih lima kali dipukul sebelum ini, isteri malang ini diugut pula disimbah asid dan ditoreh muka oleh suaminya yang berang apabila mangsa kerap minta bercerai.

Dalam kejadian di Relau, Bayan Lepas jam 6 pagi Jumaat lalu, mangsa berusia 51 tahun tidur di rumahnya sebelum suaminya juga berusia 51 tahun mengetuk pintu bilik.

Ketua Polis Daerah Timur, Che Zaimani Che Awang berkata, suspek mahu mengambil barang miliknya sebelum menyuruh mangsa tunggu di ruang tamu rumah.

“Ketika keluar dari bilik, suspek bertanya sesuatu kepada mangsa sebelum wanita berkenaan menyatakan dia mahu bercerai.

“Suspek mengugut untuk menghancur­kan muka mangsa dengan asid atau pisau jika mahu bercerai,” katanya.

Menurutnya, mangsa cuba melarikan diri ke bilik sebelum suspek menekan muka pengadu dengan tangan dan menyalahka­n wanita berkenaan atas semua kejadian yang berlaku.

Che Zaimani berkata, suspek berulang kali mengugut mangsa untuk menghancur­kan mukanya jika wanita berkenaan mahu bercerai dengannya termasuk akan menjual rumah mereka.

Mangsa keluar dari rumah sebelum membuat laporan polis.

Beliau berkata, pasangan berkenaan dikurniaka­n seorang anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia 24 dan 26 tahun.

“Supek tidak mempunyai kerja tetap dan mangsa bekerja sebagai jurujual di pasar raya.

“Susulan laporan dibuat mangsa, polis menahan suspek jam 1.45 tengah hari kelmarin di rumah mereka di Lintang Relau 1, Desa Mas Melor, Relau, Bayan Lepas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia