Harian Metro

‘Kami tertekan’

- Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

 525 penduduk hadapi kesulitan selepas berpindah bagi beri laluan kepada pembinaan projek pembanguna­n bercampur

“Setiap hari kami enam beranak hidup dalam keadaan tertekan kerana rumah sementara yang kami sewa kerap ada masalah bekalan air selain sempit.

“Jika hendak sewa rumah lebih besar dan selesa harganya mencecah RM1,500, namun kami cuma mampu menyewa flat kecil berharga RM800 saja,” kata Barakath Aminah Ali, 46.

Wanita itu antara 525 penduduk kawasan perumahan Lot 9714 Jinjang Selatan Tambahan yang mengalami kesulitan selepas berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan sebuah projek pembanguna­n bercampur termasuk rumah gantian penduduk dikendalik­an pemaju yang dilantik kerajaan terdahulu pada Januari 2006.

Ibu kepada empat anak itu berkata, walaupun pihak pemaju memberikan RM700 sebulan untuk membayar sewa bagi penempatan sementara penduduk yang mendapat lesen menduduki sementara (TOL) itu, rata-rata mereka perlu menambah lagi baki sewa rumah.

“Harga sewa rumah di kawasan ini antara RM800 hingga RM1,500. Jadi jika pemaju beri RM700, maka kami perlu menambah bakinya antara RM100 hingga RM800.

“Bagi kami yang berpendapa­tan rendah ini, wang sebanyak itu boleh digunakan untuk menampung perbelanja­an keperluan lain.

“Kami susah hati sampai sekarang projek itu masih terbengkal­ai. Entah berapa lama lagi kami akan duduk menyewa,” katanya selepas menyertai sesi taklimat perkembang­an terkini mengenai isu perumahan itu, semalam.

Ketua Pusat Perkhidmat­an Komuniti Kepong, Yee Poh Peng berkata, pengorbana­n penduduk yang berpindah ke kawasan lain seolah-olah disia-siakan berikutan tapak Parcel F yang dikatakan dibina untuk menggantik­an rumah penduduk masih belum dimulakan.

“Penduduk bersetuju dengan pembinaan projek itu apabila kira-kira 154 keluarga sudah mengosongk­an tiga kawasan masing-masing sejak lebih tiga tahun lalu, tetapi sampai sekarang satu tiang pun tak nampak dibina.

“Jadi, kali ini kami mahu pemaju bina rumah dulu dan apabila siap baru baki 371 keluarga akan berpindah terus ke rumah baru yang dijanjikan itu.

“Kita juga meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyediaka­n dokumen hitam putih berkenaan janji Datuk Bandar yang bersetuju membantu menyelesai­kan isu ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kepong, Datuk Mazlan Hashim berkata, beliau akan menyokong penduduk berkenaan mendapatka­n hak mereka dengan membantu menyuaraka­n isu itu kepada pihak atasan.

 ?? Barakath Aminah Ali ?? YEE (berdiri) bersama Mazlan (kiri) pada majlis perjumpaan bersama penduduk Jinjang Selatan Tambahan bagi mengikuti perkembang­an terkini isu perumahan Lot 9714 di kawasan lapang Jinjang Selatan Tambahan. Kami susah hati sampai sekarang projek itu masih terbengkal­ai. Entah berapa lama lagi kami akan duduk menyewa”
Barakath Aminah Ali YEE (berdiri) bersama Mazlan (kiri) pada majlis perjumpaan bersama penduduk Jinjang Selatan Tambahan bagi mengikuti perkembang­an terkini isu perumahan Lot 9714 di kawasan lapang Jinjang Selatan Tambahan. Kami susah hati sampai sekarang projek itu masih terbengkal­ai. Entah berapa lama lagi kami akan duduk menyewa”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia