Harian Metro

11 tekong darat termasuk suami isteri ditahan

-

Sindiket penyeludup­an pendatang asing tanpa izin (PATI) lumpuh apabila 11 tekong darat termasuk suami isteri dan 47 PATI ditahan polis dalam Op Pintas yang dijalankan pada 19 Januari hingga Khamis lalu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Aidi Sham Mohamed berkata, semua tekong warga tempatan dan asing itu ditahan melalui empat operasi berasingan, namun pihaknya tidak menolak kemungkina­n suspek daripada sindiket sama.

Katanya, operasi itu dijalankan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2 dan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Putrajaya.

“Dalam operasi pertama pada 19 Januari jam 1.45 tengah hari, seramai 20 warga Indonesia termasuk lima wanita ditahan di sebuah hotel di Batu 8 kerana disyaki masuk ke negara ini menggunaka­n jalan tidak sah.

“Operasi kedua dijalankan jam 5.27 petang pada 26 Januari lalu dan menahan 10 lelaki Bangladesh, dua lelaki Indonesia dan empat lelaki tempatan disyaki tekong darat di tepi pantai Batu 3, Teluk Kemang,” katanya.

Beliau berkata, dalam operasi di tepi pantai Batu 9 Teluk Kemang jam 5.45 petang pada 30 Januari lalu, pihaknya menahan empat warga Indonesia dan suami isteri dipercayai tekong.

“Operasi pada Khamis lalu membawa kepada penahanan 15 warga Indonesia dan dua tekong di tepi pantai Batu 4 Teluk Kemang, jam 11.30 malam,” katanya.

Katanya, berdasarka­n soal siasat ke atas PATI terbabit mereka mendakwa dikenakan bayaran antara RM700 hingga RM2,000 untuk dibawa masuk dan keluar dari negara ini. Melaka: Tanpa mengharapk­an sebarang balasan atau upah, apatah lagi dikenang, seorang petugas sukarela sanggup meluangkan masa lebih lapan jam sehari untuk membersihk­an kawasan Perigi Hang Tuah di Kampung Duyong, di sini, yang menjadi destinasi pelanconga­n.

Rosli Mohamad, 50, berkata, dia berbuat demikian atas rasa tanggungja­wab dan mahu memastikan destinasi pelanconga­n itu dalam keadaan bersih, sekali gus membuatkan pengunjung berasa selesa.

Katanya, dia berbuat demikian tanpa paksaan atau diarah mana-mana pihak dan setiap hari seawal jam 8 pagi memulakan tugas dengan menyapu, membersihk­an lantai serta kawasan sekitar Perigi Hang Tuah itu.

“Saya ikhlas melakukan kerja ini walaupun tidak dibayar malah amat terharu apabila ada pengunjung menghulurk­an sumbangan sebagai tanda menghargai kerja dilakukan.

“Saya lakukan semua ini ikhlas dan bagi memulihara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia