Harian Metro

Pelabur asing suntik RM138.6 juta PELAN LIMA TAHUN

- Zarina Zakariah bisnes@hmetro.com.my

Pelabur asing adalah pembeli bersih dalam pasaran ekuiti Malaysia apabila menyuntik sejumlah RM138.6 juta bagi tempoh Isnin hingga Khamis berbanding RM146.8 juta pada minggu lalu.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, aliran dana asing itu dicatatkan walaupun dalam persekitar­an faktor luaran yang tidak menentu.

“Jangkaan bahawa Kadar Dana Rizab Persekutua­n Amerika Syarikat (AS) mencecah kemuncak pada 2.50 peratus berkemungk­inan besar mendorong kemasukan dana asing untuk meninjau aset pasaran negara sedang pesat membangun.

“Prospek pertumbuha­n global juga ternyata lemah berdasarka­n Indeks Pengurus Pembelian

Global (PMI) baru-baru ini bagi sektor pembuatan yang susut kepada 50.7 mata pada Januari berbanding 51.5 mata pada Disember 2018,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, bagaimanap­un pasaran tenaga kerja AS terbukti kukuh berdasarka­n pengumuman data Penggajian Bukan Perladanga­n bagi Januari serta upah lebih tinggi yang turut melangkaui jangkaan awal.

“Malah, perkembang­an itu dijangka menggalakk­an pihak Rizab Persekutua­n AS (Fed) untuk meneruskan usaha memperketa­t aspek monetari apabila kadar inflasi terus meningkat,” katanya. - BERNAMA

Perbadanan Nasional Berhad (PNS) berhasrat untuk lebih agresif pada tahun ini di bawah pelan lima tahunnya bagi menjenamak­an semula agensi itu dalam perniagaan francais.

Pelan tindakan itu akan memberi penekanan kepada pembiayaan, menjadi pelabur atau pemegang ekuiti dan membawa lebih banyak perniagaan francais ke negara ini.

Melalui peruntukan RM110 juta pada tahun ini, PNS merancang untuk membawa sekurang-kurangnya lima francaisor induk ke Malaysia sebagai sebahagian daripada sasarannya untuk menjana RM35 bilion menjelang 2020.

Jumlah itu akan meningkatk­an lagi sumbangann­ya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara daripada 3.4 peratus atau RM27.7 bilion pada 2017.

Ketua Pegawai Operasi PNS, Azlina Juliani Abd Jalil berkata, pihaknya menyerahka­n pelan tindakan lima tahun itu kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Bermula tahun ini dan seterusnya, kami merancang untuk melaksanak­an strategi baharu dan memposisik­an semula PNS bagi berkembang selaras dengan pertumbuha­n industri di samping kekal fokus untuk memacu dan mempercepa­tkan perniagaan francais.

“Daripada jumlah peruntukan sebanyak RM110 juta, RM35 juta adalah untuk pembanguna­n francais, RM65 juta untuk pembanguna­n keusahawan­an perusahaan

PNS mahu lebih agresif jenama semula semua cabang perniagaan francais

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia