Harian Metro

KDNK lalui fasa lebih baik

-

Unjuran pertumbuha­n ekonomi pada kadar 4.5 peratus tahun ini adalah munasabah memandangk­an negara kini dalam proses menyelaras pertumbuha­n ekonominya sejajar dengan kematangan Malaysia sebagai negara yang menuju kepada status berpendapa­tan tinggi.

Pengarah Urusan Affin Hwang Asset Managemant (Affin Hwang AM), Teng Chee Wai berkata, pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah melalui fasa lebih baik dalam tempoh 20 tahun selepas krisis ekonomi global.

Menurutnya, prospek pertumbuha­n tahun ini juga realistik disebalik langkah United Kingdom dan Kesatuan Eropah (EU) menyemak turun pertumbuha­n ekonominya masing-masing sebanyak 0.5 dan 0.6 peratus.

“Saya berpendapa­t unjuran pada kadar 4.5 peratus adalah pertumbuha­n yang baik kepada Malaysia kerana banyak negara diunjurkan lebih rendah tahun ini.

“Ini kerana Malaysia kini melalui proses peralihan dari segi pertumbuha­n sejajar dengan pencapaian negara dalam ekonomi. Keadaan ekonomi yang dihadapi negara tidak sama dengan situasi 20 tahun lalu.

“Kadar pertumbuha­n ekonomi Malaysia pada 1990-an sekitar tujuh hingga lapan peratus, sebelum menyederha­na kepada lima hingga 5.5 peratus pada 20 tahun lalu. Maka, kita sudah boleh menyelaras unjuran pertumbuha­n ekonomi negara kepada sekitar empat peratus untuk tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Ini pelarasan, bukan pembetulan,” katanya.

 ??  ?? TENG
TENG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia