Harian Metro

Unjur RM1.5 bilion

- Nabil Basaruddin cnews@nstp.com.my

 Senheng yakin capai peningkata­n perolehan melalui platform digital

Rangkaian kedai elektronik pengguna terkemuka, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd (Senheng) yakin untuk mencapai sasaran perolehan sebanyak RM1.5 bilion pada 2019.

Pengarah Urusannya, Lim Kim Heng berkata, sasaran berkenaan adalah peningkata­n 20 peratus berbanding tahun lalu yang berjaya merekodkan perolehan berjumlah RM1.2 bilion.

Beliau berkata, tumpuan seimbang antara segmen digital atau dalam talian dan luar talian berjaya mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik, seterusnya menyumbang kepada prestasi cemerlang pada 2018.

“Kami menjangkak­an Senheng akan mendapat lebih banyak sambutan menerusi model perniagaan yang dilaksanak­an ini dan berkeyakin­an untuk meraih perolehan yang disasarkan.

“Penggunaan platform digital ternyata memberi maklum balas baik kepada syarikat kerana ia menjadikan Senheng lebih mudah dan selesa untuk dijadikan destinasi beli-belah perkakasan keperluan rumah,” katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Beliau berkata, ketika ini Senheng mempunyai 112 cawangan di seluruh negara dan pada masa sama ia turut disokong oleh 10 gudang bagi melicinkan operasi logistik dan sistem penghantar­annya.

Menurutnya, dengan model perniagaan itu, tiada keperluan bagi pihaknya untuk membuka sebarang cawangan baharu sebaliknya memperkuku­h operasi sedia ada. “Untuk tahun ini, syarikat akan melabur sebanyak RM100 juta bagi pembukaan tiga gudang di Shah Alam, Johor Bahru dan Kota Kinabalu sebagai tambahan kepada gudang sedia ada di seluruh negara.

“Gudang baharu ini akan melengkapk­an ekosistem perniagaan yang mana kami dapat menghantar barang dengan cepat kepada pelanggan iaitu penghantar­an terus pada hari esok,” katanya.

Tambahnya, gudang baharu itu juga adalah bagi menyokong pelan pengembang­annya melalui projek ‘Long Tail’ yang akan dilaksanak­an pada Mac depan.

Katanya, melalui projek itu, pihaknya akan mempunyai stok yang tinggi bagi memastikan pelanggan tidak perlu menunggu lama selain menyediaka­n lebih banyak pilihan melalui segmen digitalnya.

“Projek ini juga dapat menjadikan Senheng sebagai syarikat runcit barang elektrik terbesar di Malaysia menerusi kedua-dua platform dalam talian dan luar talian.

“Apa yang penting, kami mahu memberikan tawaran terbaik serta kepuasan kepada pelanggan dan pada masa sama mewujudkan keyakinan mereka untuk beli-belah di Senheng,” katanya.

 ??  ?? LIM di rangkaian kedai elektronik Senheng.
LIM di rangkaian kedai elektronik Senheng.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia