Harian Metro

Gaya muda Picanto lebih sporty

-

Kuala Lumpur: Naza Kia Malaysia Sdn Bhd (Naza Kia), pengedar rasmi kenderaan Kia di Malaysia memperkena­lkan varian GT-Line terbaharu daripada kereta kompak terlarisny­a iaitu Picanto yang bergaya, muda dan lebih seronok untuk pasaran Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Kumpulan Automotif), Datuk Samson Anand George berkata, pengenalan varian baharu daripada kereta segmen A yang inovatif itu adalah rentetan daripada kejayaan pelancaran Kia Picanto 1.2 EX pada tahun lalu.

“Kami yakin Kia Picanto GT-Line akan menerima tidak kurang perhatian di jalan raya dengan penampilan gaya tambahan dan prestasi terbaik,” katanya dalam kenyataan di sini.

Picanto GT-Line baharu ini menawarkan ciri baharu yang direka untuk menambah tahap keseronoka­n kepada barisan Picanto di mana keunikan model ini terletak pada aksen warna baharu pada kit badan penuh dan gril pada bahagian depan bagi menambahka­n penampilan agresif.

Ia turut dilengkapi dengan pedal dan roda aloi 16 inci, lampu LED dan lampu kabus, antena sirip yu, dan kemasukan tanpa kunci di samping layar sentuh berukuran 7 inci besar yang mengaplika­sikan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto untuk menyepaduk­an telefon pintar secara keseluruha­n. Beliau berkata, Picanto baharu itu direka dengan teliti

melalui ciri keselamata­n terkemuka yang menampilka­n pembinaan badan

(AHSS) dan enam beg udara standard (beg udara depan, sisi dan tirai).

“Picanto baharu menawarkan ruang kabin lebih baik dengan lebih banyak ruang kepala dan kaki bagi kereta lain di segmen A dan kapasiti but 255 liter (VDA) iaitu paling banyak dari mana-mana kereta dalam kelasnya,” katanya.

Picanto GT-Line didatangka­n dalam warna Perak Titanium, Putih dan Aurora Black Pearl dan ia kini boleh didapati pada harga bermula RM57,888

(atas jalan tanpa insurans) bersama jaminan lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia