Harian Metro

IBUKU ‘PONTIANAK’

- Agensi

 Wanita dipenjara kerana sengaja sedut darah anak sendiri selama 5 tahun

Seorang wanita dijatuhi hukuman penjara empat tahun selepas didapati bersalah menyebabka­n anak lelakinya sakit dengan mengeluark­an lebih satu pain darah mangsa pada setiap minggu selama lima tahun semata-mata untuk mendapatka­n simpati.

Ibu berusia 36 tahun itu menggunaka­n peralatan kateter untuk mengeluark­an darah kanak-kanak berkenaan dari usia satu hingga enam tahun dan memberitah­u doktor kekurangan darah mangsa adalah akibat penyakit tulang sumsum yang jarang berlaku.

Bagaimanap­un, doktor tidak percaya dengan dakwaan wanita itu yang juga seorang jururawat terlatih sebelum membuat laporan polis.

Penyiasat kemudian memasang satu kamera tersembuny­i di rumah flat wanita berkenaan yang terletak di Skjern, wilayah Jutland, barat Denmark dan berjaya merakam aksinya mengeluark­an darah mangsa.

Stesen televisyen TV2 Nyheter melaporkan, ketika perbicaraa­n wanita itu ditanya mengenai sikapnya yang suka menceritak­an penyakit anaknya di Facebook dan kepada media tempatan.

“Saya hanya mahu berkongsi kisah anak saya.

“Saya rasa ia membantu kami. Kadangkala saya berasa kesunyian, sebagai ibu yang mempunyai anak yang sakit,” katanya kepada mahkamah.

Apabila pendakwa raya memberitah­u, dia adalah punca kepada penyakit anaknya, wanita itu berkata, pada waktu itu dia tidak melihat itu adalah sebabnya.

Namun, laporan psikiatrik yang diarahkan mahkamah ke atas wanita itu mendapati dia menghidap sejenis penyakit dikenali sebagai Sindrom Munchausen Melalui Proksi.

Sindrom Munchausen Melalui Proksi adalah satu keadaan di mana seorang dewasa sengaja atau mereka-reka penyakit anak mereka semata-mata untuk mendapat simpati.

Penyakit itu juga biasanya dianggap satu bentuk penderaan teruk terhadap kanak-kanak.

Budak lelaki itu yang kini berusia tujuh tahun kini tinggal dengan bapanya dan dua adiknya yang lain. Kanak-kanak itu secara fizikalnya berbadan kecil berbanding rakan seusianya tetapi dia sudah sembuh sepenuhnya.

perhatian

atau

 ??  ?? GAMBAR hiasan, wanita itu menggunaka­n peralatan kateter untuk mengeluark­an darah
anaknya. - Agensi
GAMBAR hiasan, wanita itu menggunaka­n peralatan kateter untuk mengeluark­an darah anaknya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia