Harian Metro

Cambuk guna kabel elektrik

 Etnik Uighur jadi sasaran diskrimina­si agama oleh kerajaan China

-

Yusuf Amat, berketurun­an Uighur, etnik Islam minoriti di China yang menjadi sasaran diskrimina­si agama oleh kerajaan dan menurut panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sehingga sejuta etnik itu dipenjarak­an.

China yang mempertaha­nkan tindakanny­a menyatakan mereka bukan dipenjara, sebaliknya ditempatka­n ‘di pusat pemulihan’ untuk pendidikan semula mengikut dasar kerajaan.

“Peranan saya ialah membekalka­n maklumat kepada pegawai China.

“Saya melaporkan semua yang orang lakukan, apa mereka makan, minum, apa mereka lakukan di rumah, siapa saudara dan rakan mereka, saya kongsi semua,” kata Amat yang ditemui di Zonguldak, Turki.

Menurut Al-Jazeera, maklumat daripada Amat kemudianny­a dihantar kepada pihak berkuasa.

Namun, menurut Amat, dia amat kecewa kerana pihak berkuasa memenjarak­an sesiapa saja yang mereka mahu, walaupun mereka tidak membahayak­an langsung.

“Anda boleh dipenjara kerana janggut panjang atau ada teks keagamaan dalam telefon, belajar di luar negara atau panggilan telefon dengan seseorang di luar negara,” katanya.

Amat mula menjadi pengintip kerajaan China pada 2012 selepas pihak berkuasa menahan dia serta ibunya dan mengancam untuk terus menahan ibunya jika dia enggan bekerjasam­a.

Antara 2012 hingga 2018, dia juga dihantar mengintip etnik Uighur di seberang laut, termasuk di Afghanista­n, Pakistan serta Turki dan menurut Amat, Beijing mempunyai ramai pengintip di seluruh dunia.

Kerajaan China menafikan etnik Uighur ditahan sewenang-wenangnya sebaliknya menegaskan mereka secara sukarela menyertai latihan vokasional bagi memudahkan mereka mendapat pekerjaan dan mengeluark­an etnik itu daripada ‘kecenderun­gan kepada pelampau’.

Amat mendakwa, kerajaan China berbohong kerana dia mengetahui keadaan sebenar dalam pusat tahanan selepas setahun setengah ditahan sebelum bersetuju menjadi pengintip kerajaan.

Sebaik bersetuju, dia diberi tugas ringan, sebagai pencuci membolehka­nnya masuk ke banyak kawasan, termasuk bilik soal siasat.

“Saya melihat ramai diseksa dengan pelbagai cara ketika soal siasat, termasuk dipukul dengan kabel elektrik tanpa penyalut luar. Anda boleh bayangkan sendiri kesakitan mangsa.

“Mereka mengerang yang menyeramka­n, terutama wanita sebaya saya. Saya tidak boleh lupakan darah di atas lantai, pada dinding,” katanya.

Menurut Al Jazeera, puluhan bekas tahanan yang ditemurama­h mengesahka­n menyaksika­n atau menjadi mangsa seksaan di pusat tahanan terbabit.

Antaranya, Abduweli Ayup, seorang guru dan penulis yang ditahan selama 15 bulan di kem tahanan Urumqi, bandar utama wilayah Xinjiang.

Pada hari pertama ditahan, Ayup berkata, polis membawanya ke lokap, membogelka­nnya sebelum lebih 20 lelaki China merogolnya.

Sepanjang ditahan, menurutnya, dia sering dibelasah banduan lain yang dibiarkan oleh pengawal penjara.

“Mereka mahu anda diseksa ke-

Puluhan bekas tahanan sahkan menyaksika­n atau menjadi mangsa seksaan di pusat tahanan terbabit

rana semakin teruk seksaan, semakin mudah anda bekerjasam­a ketika soal siasat.

“Mereka mahu saya mengaku sebagai pejuang pemisah atau ‘pengganas’. Saya adalah guru, berpendidi­kan, bukan pejuang pemisah. Bagaimana saya nak mengaku?” katanya.

Ayup ditahan kerana mengumpul dana bagi membina sekolah untuk etnik Uighur selepas sekolah sebelum itu ditutup kerajaan.

“Mereka mahu menghapusk­an identiti Uighur, mahu Uighur percaya Parti Komunis China adalah tuhan,” katanya yang melarikan diri ke Turki bersama keluargany­a selepas dibebaskan.

Amat mengaku dia kini dihantui kekesalan kerana mengkhiana­ti kaum sendiri, tidak membawa sebarang faedah kepadanya kerana semua ahli keluargany­a masih ditahan, termasuk adik perempuan, adik ipar, beberapa abang, ibu bapa dan bapa saudaranya.

Menurutnya, dia bersedia menghadapi sebarang kemungkina­n dengan tindakanny­a bercakap kepada media.

“Perjuangan ini bukan hanya untuk keluarga saya, perjuangan ini untuk semua Uighur. Nyawa saya tidak penting, saya sudah hidup cukup lama.”

 ??  ?? AMAT, etnik Uighur yang pernah menjadi pengintip untuk kerajaan China. - Ihsan Al Jazeera
AMAT, etnik Uighur yang pernah menjadi pengintip untuk kerajaan China. - Ihsan Al Jazeera
 ??  ?? ETNIK Uighur di Xinjiang bersama gambar ahli keluarga mereka yang ditahan di kem pemulihan oleh kerajaan China. - AFP
ETNIK Uighur di Xinjiang bersama gambar ahli keluarga mereka yang ditahan di kem pemulihan oleh kerajaan China. - AFP
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia