Harian Metro

Turki kecam tindakan China penjarakan sejuta Uighur

-

Ankara: Turki yang mengecam layanan China terhadap etnik Islam Uighur, menyifatka­n ia sebagai ‘keaiban besar kepada kemanusiaa­n’ mendesak negara itu menutup ‘kem tahanan pemulihan.’

Jurucakap Kementeria­n Luar Turki, Hami Aksoy, dalam kenyataan berkata: “China secara paksa menahan lebih sejuta etnik Uighur.

“Bukan lagi rahsia tahanan terbabit yang ditahan secara paksa menjadi mangsa seksaan dan ‘otak dibasuh.’

“Dasar asimilasi sistematik dilakukan pihak berkuasa China terhadap etnik Uighur adalah keaiban besar kepada kemanusiaa­n,”

Wilayah Xinjiang di barat laut China, yang ramai etnik Uighur, diletakkan di bawah pengawasan ketat polis sejak beberapa tahun lalu.

Panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, sejuta etnik Uighur dan penduduk minoriti berbahasa Turki di China ditahan di ‘kem pemulihan’ terbabit.

“Kami meminta pihak berkuasa China menghormat­i asas hak asasi manusia untuk etnik Uighur dan menutup kem pemulihan itu,” kata Aksoy.

Wilayah Xinjiang mempunyai kira-kira sejuta etnik Uighur. Kumpulan penduduk Islam berakar umbi dari Turki itu meliputi 45 peratus daripada jumlah penduduk wilayah terbabit.

Mengamalka­n ajaran Islam dilarang di sesetengah wilayah di China dan mereka yang bersolat, berpuasa, menyimpan janggut atau memakai tudung dan purdah boleh ditahan.

Bulan lalu, China meluluskan undang-undang ‘pembentuka­n semula’ Islam bagi menjadikan­nya sesuai dengan sosialisme dalam tempoh lima tahun.

Ankara juga menggesa masyarakat antarabang­sa serta Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres, mengambil langkah efektif menamatkan tragedi kemanusiaa­n di Xinjiang.

Diskrimina­si serta penganiaya­an terhadap etnik Uighur sudah lama menjadi isu besar namun banyak negara Islam tidak menjadikan­nya ‘isu utama’, tidak mengkritik China kerana kepentinga­nnya sebagai rakan dagang. - AFP

 ??  ?? GAMBAR sebahagian daripada lebih sejuta etnik Uighur dalam kem pemulihan di Xinjiang, China, yang berjaya dirakam Human Rights Watch (HRW) tahun lalu. - HRW
GAMBAR sebahagian daripada lebih sejuta etnik Uighur dalam kem pemulihan di Xinjiang, China, yang berjaya dirakam Human Rights Watch (HRW) tahun lalu. - HRW
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia