Asah diri sebagai pemimpin
MPP ‘gelanggang’ paling signifikan bagi mahasiswa pupuk karisma memimpin
“Lebih banyak aktiviti disertai dan jawatan dipegang, bermakna mahasiswa itu seorang yang bertenaga serta mampu berdaya saing jika diberikan tanggungjawab.
“Alangkah ruginya jika mahasiswa tidak menggunakan saluran yang betul untuk menyampaikan pandangan kerana pelbagai ruang dan peluang disediakan di universiti untuk membolehkan mereka bergiat aktif,” katanya.
Dalam konteks pembangunan sahsiah dan kewibawaan mahasiswa pula, kata Dr Ghazali, saban tahun diadakan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang menjadi sebahagian daripada tanggungjawab Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA).
Lebih menarik pada tahun ini, mahasiswa diberi peluang menguruskannya bersama-sama pegawai universiti dan perkara itu mencerminkan ketelusan.
“MPP menjadi ‘gelanggang’ paling signifikan bagi mahasiswa memperjuangkan hak dan kebajikan mereka.
“Penganjuran pemilihan MPP menjadi bukti universiti memerlukan mahasiswa yang memiliki karisma dalam kepemimpinan untuk menyampaikan suara pelajar kepada pengurusan atasan secara berhemah dan beretika.
“Ini bermakna, ketika di universiti mereka dididik untuk menyampaikan mesej dan berhujah secara berhemah, malah menghormati pengurusan universiti. Budi bahasa dan akhlak tetap menjadi ukuran walaupun memiliki tahap akademik yang cemerlang,” katanya.
Beliau berkata, keseluruhan universiti tidak bersifat autokratik terhadap mahasiswa, sebaliknya menerima idea dan pandangan yang bernas demi kemajuan universiti serta sama-sama menggapai impian.
“Selain MPP, mahasiswa turut disaran aktif di peringkat kolej kediaman. Setiap kolej terdapat jawatankuasa pelajarnya sendiri dan puluhan aktiviti dianjurkan.
“Setiap program dijalankan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terutama dari sudut kepemimpinan dan pengucapan.
Mahasiswa perlu proaktif serta dinamik menyertai pelbagai aktiviti,” katanya.
Dr Ghazali berkata, jika memiliki akademik cemerlang tetapi tidak