Harian Metro

Rancang kehamilan perlu ilmu

-

Memiliki anak selepas berkahwin adalah impian bagi setiap pasangan. Tidak kira sama ada dikurniaka­n bayi perempuan, lelaki atau kembar, kehadiran mereka pastinya mewarnai hubungan dan mengeratka­n lagi ikatan suami isteri.

Namun realitinya bukan semua wanita mampu untuk hamil sebaik melangkah ke alam rumah tangga. Corak kehidupan hari ini memperliha­tkan betapa ramai pasangan yang terpaksa menanti untuk memiliki zuriat sendiri.

Ada yang perlu menunggu setahun dua untuk mendengar khabar gembira. Bahkan ada juga yang terpaksa menanti lima, sembilan dan mungkin belasan tahun untuk merasai nikmat bergelar ibu bapa.

Dalam tempoh itu, mereka terpaksa berdepan pertanyaan, sindiran dan cadangan mencuba pelbagai rawatan atau kaedah alternatif di pelbagai tempat. Segelintir pasangan mungkin tidak dapat lari daripada tipu muslihat pihak tidak bertanggun­gjawab.

Bagaimanap­un, bagi pasangan yang disahkan mempunyai masalah kesihatan atau berdepan kekangan untuk hamil, mungkin tekanan dihadapi berlainan. Setidak-tidaknya, mereka boleh berusaha mencuba rawatan bersesuaia­n atau melalui kaedah alternatif untuk mendapatka­n zuriat.

Namun bagi pasangan yang disahkan normal, sihat dan memiliki peluang untuk hamil, penantian panjang lebih mendera emosi. Persoalann­ya, mengapa terlalu sukar untuk hamil?

Selain mengawal tekanan emosi, menjalani gaya hidup sihat, mengelak obesiti dan mendapatka­n rehat serta tidur berkualiti, setiap pasangan perlu mendapatka­n ilmu berkaitan proses ovulasi dan tempoh subur untuk mereka merancang kehamilan.

54&55

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia