Harian Metro

Berubah demi masa depan

-

kerjaya dari bawah,” katanya.

Jelas Zainur Arsyiqin, apabila sudah berada dalam dunia kecergasan, dia semakin peka terhadap statistik dan angka yang menunjukka­n perubahan gaya hidup masyarakat setempat. Malah, dia risau apabia mengetahui negara mempunyai kadar obesiti tertinggi di Asia Tenggara iaitu sebanyak 44.5 peratus.

“Saya mahu terus memperkasa wanita supaya menjalani kehidupan sihat dan cergas. Saya berkongsi pengalaman dan mengadakan pelbagai program kecergasan.

“Ketika ini, saya juga menggalas tanggungja­wab sebagai seorang daripada ketua pasukan program Slim and Fit Malaysia. Ia program menurunkan berat badan khusus untuk wanita.

“Selain itu, saya juga banyak mengadakan program sendiri seperti seminar pemakanan sihat untuk turunkan berat badan, kelas muay thai dan latihan angkat berat untuk wanita. Bidang fesyen memang terpaksa saya tinggalkan sepenuhnya demi fokus kepada dunia kecergasan,” katanya.

KEPUASAN DALAM KERJA

Ditanya mengapa memilih muay thai, mudah jawapan diberi Zainur Arsyiqin. Katanya, setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Tidak terkecuali juga dirinya.

“Bidang ini kena dengan jiwa. Penting untuk seseorang mencari jenis latihan atau sukan diminati supaya boleh kekal cergas melakukan aktiviti berkenaan secara berpanjang­an. Kalau tidak sukakan muay thai, ada banyak lagi yang boleh dicuba seperti berenang, mendaki, berbasikal dan menari.

“Selain aktiviti kecergasan, saya juga suka berkongsi rutin setiap hari. Bangun awal dan memulakan latihan pagi selepas solat Subuh. Lazimnya saya buat latihan regangan dan senaman kardio.

“Bab pemakanan, saya suka mengajak ramai wanita supaya mengurangk­an pengambila­n makanan ringan dan diproses. Kurangkan makanan berminyak dan tinggi lemak, kurangkan minuman dan makanan manis. Pilih makanan segar. Pastikan setiap hari ada buah-buahan dan sayursayur­an dalam menu,” katanya.

Menurut Zainur Arsyiqin, dia puas dapat membantu ramai orang untuk mencapai matlamat masingmasi­ng dan pada masa sama memberi kesedaran kepada lebih ramai individu mengenai pentingnya menjaga kesihatan diri serta keluarga.

“Saya bertuah kerana mak dan ayah banyak memberi sokongan terutama ketika saya mula membina kerjaya. Kawan juga banyak membantu.

“Dalam hidup ini, saya selalu menganggap orang berjaya adalah orang yang dapat membantu orang lain untuk berjaya. Kalau boleh, saya mahu melahirkan lebih ramai wanita inspirasi masyarakat,” katanya.

Zainur Arsyiqin tinggalkan sepenuhnya bidang fesyen demi fokus kepada dunia kecergasan Saya bersyukur apa yang diperoleh hari ini lebih bermakna. Saya sentiasa mengejar matlamat untuk membantu orang lain

 ??  ?? BERSAMA wanita yang dilatih.
BERSAMA wanita yang dilatih.
 ??  ?? ZAINUR Arsyiqin sebelum kurus.
ZAINUR Arsyiqin sebelum kurus.
 ??  ?? KOMITED dalam kerja.
KOMITED dalam kerja.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia