Harian Metro

Peka terhadap kitaran haid

-

Sebarang kaedah semula jadi untuk merancang kehamilan tidak disyorkan

Menurut Pegawai Perubatan Kesihatan

Wanita dan Kehamilan, Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, ovulasi adalah proses pelepasan ovum atau benih wanita daripada kilang telur ovari.

Ia berlaku hasil daripada perubahan hormon LH (peluteinan) dan FSH (perangsang folikel) dalam badan wanita yang menyebabka­n perubahan bukan saja pada ovari bahkan pada dinding rahim.

“Perubahan pada dinding rahim penting untuk memastikan wanita bersedia menempuh fasa kehamilan. Apabila persenyawa­an berlaku, proses penempelan akan menyusul. Tetapi jika tiada persenyawa­an, dinding rahim yang tebal kesan perubahan hormon ini akan luruh dan keluar sebagai darah haid,” katanya.

Jelas Dr Muhammad Izzat, wanita yang mengalami kitaran haid normal (28 hari) lazimnya melalui tempoh ovulasi sekitar hari ke-14. Keadaan ini terjadi kira-kira 36 jam selepas hormon LH meningkat secara tiba-tiba.

“Kitaran haid normal adalah antara 24 hingga 38 hari. Ini bermakna, anggaran hari ke-14 ini masih tidak tepat. Ia tidak boleh dipakai untuk semua wanita, lebih-lebih lagi jika kitaran haid mereka tidak teratur.

“Jika kitaran haid mereka tepat 28 hari sekalipun, tempoh ovulasi masih boleh berubah. Ini kerana setiap wanita mempunyai waktu ovulasi tersendiri dan tidak boleh disamakan dengan orang lain,” katanya.

MENGESAN OVULASI

Persoalan ini paling kerap diajukan wanita dan pasangan setiap kali mereka mendapatka­n rawatan atau khidmat nasihat doktor untuk merancang kehamilan. Namun demikian, masih tidak ramai yang berjaya hamil sekalipun berupaya mengesan ovulasi.

Kata Dr Muhammad Izzat, ovulasi sering dikaitkan dengan peningkata­n suhu badan sebanyak 0.5 darjah Celsius. Ini bermakna wanita boleh mengukur perubahan suhu tubuh mereka dengan termometer untuk mengesan waktu subur.

“Cara yang lain adalah dengan merekodkan kitaran haid pada kalendar. Jika kitaran haid normal, kemungkina­n besar wanita boleh mengalami ovulasi pada hari ke-14 sebelum datang haid.

“Bagaimanap­un,

Jika kitaran haid normal, kemungkina­n besar wanita boleh mengalami ovulasi pada hari ke-14 sebelum datang haid

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia