Harian Metro

Dua jaguh trek negara ‘pukau’ penonton di Six Day Melbourne

-

Kuala Lumpur: Dua jaguh trek negara, Azizulhasn­i Awang dan Shah Firdaus Sahrom ‘memukau’ penonton dengan kayuhan cemerlang pada perlumbaan Six Day Melbourne yang berakhir malam kelmarin.

Perlumbaan di Velodrom Melbourne Arena selama tiga hari sejak Jumaat lalu menampilka­n sejumlah pelumba handalan dunia termasuk legenda Australia, Shane Perkins.

Ia sebahagian daripada perlumbaan 6 Day Series yang mempertand­ingkan beberapa acara termasuk keirin, madison dan pecut individu yang berlangsun­g sebanyak tujuh siri sejak Januari lalu.

Dua jaguh negara tampil buat kali pertama dengan

Azizul berjaya memukau penonton pada hari terakhir menerusi kayuhannya menewaskan James Brister di pentas final pecut individu.

Namun apa yang menarik perhatian adalah kepantasan pelumba bergelar The Pocket Rocketman yang menumbangk­an pemenang gangsa Kejohanan Remaja Dunia 2017 yang dilengkapk­an dengan aksi “wheelie” menuju garisan penamat.

Menerusi rakaman perlumbaan yang dikongsi Azizul dalam laman sosialnya, dia dilihat “membuka ruang” kepada Brister untuk mendahului­nya ketika perlumbaan berbaki kira-kira 100 meter namun bangkit mempamerka­n kayuhan bertenaga untuk mengatasi lawan ketika menghampir­i garisan penamat sambil mengangkat tayar depan basikalnya.

Terdahulu Shah Firdaus turut mencuri tumpuan apabila menjuarai perlumbaan final keirin pada hari kedua perlumbaan dengan menumbangk­an dua bekas juara dunia Azizul dan Perkins.

Ia dilihat motivasi terbaik bagi pelumba muda negara menjelang Kejohanan Trek Dunia di Poland hujung bulan ini.

“Ia satu pengalaman yang bagus untuk saya menyertai perlumbaan ini. Selain motivasi ia turut menjadi kejohanan pemanas badan untuk Kejohanan Trek Dunia,” jelas Shah Firdaus.

 ??  ?? SHAH Firdaus
AZIZULHASN­I
SHAH Firdaus AZIZULHASN­I

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia