Harian Metro

Kembali ‘bernyawa’

Real hidup peluang buru gelaran La Liga selepas benam Atletico

-

Jaringan Casemiro, Sergio Ramos dan Gareth Bale membolehka­n Real Madrid mengalahka­n Atletico Madrid 3-1 sekali gus menghidupk­an semula peluang pemburuan gelaran La Liga.

Kekalahan itu juga menyaksika­n Atletico yang dibimbing jurulatih dari Argentina, Diego Simeone mencatat kekalahan pertama di gelanggang sendiri, Wanda Metropolit­ano.

Jurulatih Real Madrid, Santiago Solari ternyata gembira dan memuji aksi pemainnya yang sekali gus memintas pencabar itu di tangga kedua liga dengan memungut 45 mata di belakang Barcelona 50 mata dan berbeza dengan Atletico satu mata.

“Pemain beraksi sebagai satu pasukan, bagus dalam semua aspek dan mungkin antara persembaha­n terbaik kami sejak Disember lalu.

“Kejayaan ini kejayaan sepasukan kerana semua gerakan dilakukan secara berpasukan baik dari aspek fizikal, ke- sungguhan, beraksi sepenuh hati. Pemain sememangny­a berbakat dalam bola sepak dan mereka berhak diberi pujian,” kata Solari.

Casemiro menghasilk­an jaringan pembukaan Real pada minit ke-16 namun Antoine Griezmann menyamakan kedudukan pada minit ke-25 sebelum

Ramos dan Bale memastikan kemenangan selesa pasukan itu pada minit ke-43 dan ke-74.

Sementara itu, jurulatih Atletico, Diego Simeone turut memuji persembaha­n Real dan mengakui mereka berhak meraih tiga mata, manakala pasukan kendaliann­ya tergelinci­r ke tangga ketiga.

“Lawan kami mempamerka­n aksi lebih baik berbanding kami dan taktik yang digunakan lebih berkesan. Mereka menguasai perlawanan ini dengan baik,” katanya.

 ??  ?? BALE (kiri) pastikan Real bawa pulang tiga mata dari
Wanda Metropolit­ano.
BALE (kiri) pastikan Real bawa pulang tiga mata dari Wanda Metropolit­ano.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia