Harian Metro

Napoli lepas peluang rapat jurang

-

Milan: Napoli gagal memanfaatk­an peluang merapatkan jurang dengan pendahulu Serie A, Juventus yang kini berada lapan mata di depan, selepas skuad kendalian Carlo Ancelotti itu terikat tanpa jaringan dengan Fiorentina.

Penjaga gol Fiorentina, Alban Lafont memperaga aksi cemerlang menyelamat­kan deretan percubaan pemain Napoli terutama menerusi Piotr Zielinski dan Dries Mertens, sekali gus menyaksika­n Napoli mengharung­i tiga perlawanan berturut-turut di tempat lawan tanpa sebarang jaringan.

“Kami hilang dua mata yang harus menjadi milik kami berdasarka­n corak serangan yang dipamerkan pemain dari awal hingga tamat,” kata Ancelotti.

“Dari beberapa sudut, ia persembaha­n yang sempurna, tapi kami tidak cukup tajam di depan gawang dan terpaksa akur dengan hanya satu mata.”

Fiorentina mencatat keputusan seri buat kali ke-11 dalam 23 perlawanan musim ini. Peluang terbaik mereka hadir selepas rehat menerusi pemain tengah Perancis, Jordan Veretout namun dinafikan oleh penjaga gol Napoli, Alex Meret.

Pasukan tangga ketiga Inter Milan kembali mencatat kemenangan dengan pemain gantian Lautaro Martinez menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-79 untuk menang 1-0 di Parma.

Radja Nainggolan melakukan hantaran cantik kepada pemain Argentina itu untuk gol dan kemenangan liga pertama buat skuad kendalian Luciano Spalletti tahun ini. - AFP

 ??  ?? RAMOS (atas) meraikan
jaringan Casemiro
(kiri).
RAMOS (atas) meraikan jaringan Casemiro (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia